Posts

Showing posts from April 24, 2017

APLIKASI JALAN-JALAN CARI MAKAN (JJCM) MEMUDAHKAN SI KAKI MAKAN

Image
APLIKASI JALAN-JALAN CARI MAKAN (JJCM) MEMUDAHKAN SI KAKI MAKAN | Tempoh hari bertempat di Jibby East, Sunway Montana Kuala Lumpur , patik telah dijemput ke  Majlis Pelancaran Aplikasi Jalan-Jalan Cari Makan (JJCM). Majlis ini telah selamat dilancar dengan begitu meriah. Untuk makluman korang, aplikasi Jalan-Jalan Cari Makan ini telah lama ada didalam aplikasi Apple Store bagi pengguna iOS manakala pengguna Android pula di Google Play  tetapi baru sahaja dilancarkan pada 21 April 2017 dengan penmabahbaikan beberapa fungsi baru.  Aplikasi ini diilhamkan bagi memudahkan si kaki makan mencari lokasi makan terbaik di Malaysia hasil daripada kunjungan produksi Jalan-Jalan Cari Makan itu sendiri.  Yang bestnya kerjasama JJCM dengan Offpeak membolehkan pengguna aplikasi menikmati diskaun sehingga 70% bagi restoran terpilih menerusi "Offpeak Deal" yang dikemaskini setiap hari. Dengan hanya beberapa langkah mudah, pengguna aplikasi JJCM tidak perlu lagi