Posts

Showing posts from May 23, 2017

LABU SAYONG KUALA KANGSAR LABU SAYONG TRADISI NEGERI PERAK

Image
LABU SAYONG KUALA KANGSAR LABU SAYONG TRADISI NEGERI PERAK | Kuala Kangsar memang terkenal sebagai Bandar Di Raja dan sebagai Bandar Di Raja terdapat banyak warisan melayu Perak sebagai contoh Labu Sayong. Bersempena dengan Jelajah Kesultanan & Tradisi Melayu Perak tempoh hari, patik sempat melihat sendiri cara pembuatan labu sayong yang dikatakan tradisi Kuala Kangsar.  Berlokasi di Win Kraf, Kampung Sayong Tengah, Kuala Kangsar, Perak kami rombongan telah dibawa untuk melihat dan mengambil pengalaman secara dekat tentang pembuatan labu sayong.  Melalui pembacaan patik, labu sayong dikatakan asalnya dibawa ke Sayong oleh Tuk Kaluk yang datang dari Minangkabau pada zaman pemerintahan Sultan Iskandar. Tuk Kaluk merupakan salah seorang yang mempunyai hubungan baik dengan istana pada ketika itu. Tok Kaluk telah dianugerahkan tanah oleh sultan di Kampung Kepala Bendang sebagai menghargai kebolehannya dalam membuat hasil pertukangan seperti pedan