Posts

Showing posts from May 25, 2017

PENGALAMAN CABUT GIGI DI HOSPITAL KAJANG

Image
PENGALAMAN CABUT GIGI DI HOSPITAL KAJANG | 24 Mei 2017 merupakan pengalaman yang akan patik kenang mungkin sampai bila-bila kerana ini adalah pengalaman yang patik sendiri tidak pernah menyangka. Pengalaman cabut gigi di Hospital Kajang adalah suatu pengalaman yang patik udah rasai sendiri.  Kenapa patik memilih hospital kerajaan untuk membuat pemeriksaan gigi? Sebabnya kalau korang perasan, sekiranya kes korang itu agak besar, akhirnya klinik swasta mana sekali pun akan membawa kes korang ke pihak hospital dan hospital yang bertanggungjawab adalah hospital kerajaan.  Jadi patik mengambil keputusan untuk membuat pemeriksaan di hospital kerajaan selain harganya yang jauh lebih murah berbanding dengan klinik swata.  Temu janji yang telah dibuat oleh pihak klinik pada 24 Mei 2017 jam 8.30 pagi. Atas sebab tertentu patik telah sampai agak lewat di klinik Hospital Kajang ini haaa. Perkara yang patik puji di Klinik Orthodontik Hospital Kajang ini adalah staf yan