Posts

Showing posts from May 30, 2017

CARA MELIPAT SARUNG KUIH LIMAS KUIH TRADISI PERAK

Image
CARA MELIPAT SARUNG KUIH LIMAS KUIH TRADISI PERAK | Tempoh hari semasa Jelajah Kesultanan & Warisan Melayu Perak patik telah berpeluang untuk merasai pengalaman menginap di Homestay Labu Kubong yang diusahakan oleh penduduk sentempat dikawasan tersebut. Pengalaman selama 2 hari 1 malam berada di Homestay Labu Kubong memberi suatu pengalaman yang boleh patik kategorikan sebagai kenangan yang menggembirakan. Mana tidaknya pelbagai aktiviti yang disusun oleh penduduk kampung disana. Ada satu aktiviti yang paling patik pernah idam-idamkan adalah mempelajari cara melipat sarung kuih limas .  Bahan yang diperlukan adalah daun pisang yang telah disalai dan juga stapler untuk mengemaskan sarung kuih limas itu tadi. Baru patik tahu kuih limas ini menjadi alah satu kuih tradisi bagi masyarakat Negeri Perak .  Benda yang paling penting untuk membuat sarung kuih limas ini adalah kotak kayu ini. Sekiranya korang tiada kotak ini, korang boleh menggunakan kotal manc