Posts

Showing posts from June 1, 2017

MELIHAT PEMBUATAN KERIS WARISAN DI KUALA KANGSAR PERAK

Image
MELIHAT PEMBUATAN KERIS WARISAN DI KUALA KANGSAR PERAK | Bila program Jelajah Kesultanan dan Tradisi Melayu Perak ini terpampang berkenaan lawatan ke bengkel pembuatan keris , patik bagai teruja. Mana tidaknya selalu kita hanya membaca dan tidak pernah seumur hidup patik melihat sendiri pembuatan keris dengan mata sendiri.  Jadi semasa program tersebut patik dan rombongan dibawa ke bengkel pembuatan keris Pak Mazin atau nama sebenarnya  Encik Mazin Bin Abdul Majid yang berlokasi di Kampung Padang Changkat, Bukit Chandan, Kuala Kangsar, Perak .  Kedatangan kami disambut oleh Pak Mazin dengan begitu ramah sekali. Walaupun sibuk menyiapkan beberapa tempahan pelanggan yang telah dibuat, beliau tidak keberatan untuk melayani pertanyaan kami dan berkongsi sedikit sebanyak tentang diri beliau serta pekerjaan yang diusahakannya ini sejak beliau berumur 12 tahun lagi. Hasil sembang-sembang santai kami, tahulah kami bahawa Pak Mazin ini merupakan generasi keempat pe