Posts

Showing posts from June 13, 2017

FAMILYMART KEDAI SERBANEKA YANG SERBA LENGKAP

Image
FAMILYMART KEDAI SERBANEKA YANG SERBA LENGKAP | Sebenarnya patik tidak pernah dengar kedai serbaneka  FamilyMart  ni haa sehinggalah patik memuat naik status di Facebook dan rupanya ramai yang telah mengenali jenama ini. Rupanya jenama ini sangat popular di Jepun dan Korea dan kebanyakan rakan-rakan dimedia sosial patik akan berkunjung ke   FamilyMart  untuk mendapatkan barangan termasuklah makanan disini. Kini   FamilyMart  telah membuka cawangan mereka di Malaysia ok rakan sekalian. Rupanya sudah lebih daripada 10 cawangan telah mereka buka di Malaysia. Nampak sangat patik tak ambil endah dengan situasi sekeliling. Hehehehe  Jadi, tempoh hari patik telah berpeluang untuk sampai dan melihat sendiri perkhidmatan yang diberikan oleh kedai serbaneka FamilyMart  ini. Menjengah masuk kedalam kedai serbaneka ini korang akan dapati kedai ini menjual pelbagai jenis yang lebih kepada makanan untuk pelanggan. Geram pulak patik bila masuk kedalam premis ini