Posts

Showing posts from June 15, 2017

KEMERIAHAN BERBUKA PUASA DI DATARAN PERBADANAN PUTRAJAYA

Image
KEMERIAHAN BERBUKA PUASA DI DATARAN PERBADANAN PUTRAJAYA | Tempoh hari patik sempat meluangkan masa berbuka puasa dengan pelajar dari jabatan patik disebabkan musim peperiksaan pun sudah sampai kepenghujung dan mereka ini akan mula memasuki latihan industri tidak lama lagi. Untuk kali ini, kami sepakat memilih Dataran Perbadanan Putrajaya  yang berhadapan dengan Istana Kehakiman Putrajaya dan juga Masjid Sultan Mizan Zainal Abidin atau lebih dikenali sebagai Masjid Besi sebagai lokasi untuk kami berbuka puasa kerana dengarnya ramai yang berbuka puasa disini. Konsepnya adalah berkelah dimana korang boleh membawa tikar masing-masing dan membuat lokasi korang sendiri untuk berbuka.  Patik dan rakan sekerja patik bersama beberapa pelajar jabatan tiba disana seawal lebih kurang jam 5.30 petang. Pada waktu persekitaran agak lengang dan bagi patik sangat selesa dan cuaca juga sangat baik untuk kita ramai-ramai berbuka secara terbuka macam ini.  Oh yaaa untuk pengetah