Posts

Showing posts from July 3, 2017

TERENGGANU ADA LOKASI PEMULIHARAAN GAJAH. BENARKAH?

Image
TERENGGANU ADA LOKASI PEMULIHARAAN GAJAH. BENARKAH? | Jika datang ke Negeri Terengganu atau lebih mudah patik katakan di sekitar Tasik Kenyir, Kenyir Elephant Conservation Village (KECV) adalah lokasi wajib dilawati sekiranya korang datang melawat ke Tasik Kenyir .  Kenyir Elephant Conservation Village (KECV) ini terletak berhampiran dengan  Sungai Telemong Tasik Kenyir didalam daerah Hulu Terengganu. Dengan keluasan 256 hektar yang dibina pada tahun 2012 ini menempatkan gajah yang merupakan spesis original yang berasal dari Negeri Terengganu itu sendiri. Maksudnya gajah yang ada disini adalah gajah asli dan bukan gajah daripada kawasan luar dari Negeri Terengganu. Sasaran  Kenyir Elephant Conservation Village (KECV) adalah memberi "rumah baru" kepada gajah-gajah yang kehilangan tempat tinggal dan yang mengganggu perkampungan orang awam. Selain itu , ini adalah salah satu usaha dan kaedah kerajaan negeri untuk mengelakkan gajah kita dari diancam kepu