Posts

Showing posts from September 15, 2017

FILEM IT 2017 YANG HANYA SERAM-SERAM MANJA

Image
FILEM IT 2017 YANG HANYA SERAM-SERAM MANJA | Filem yang dikhabarkan paling seram 2017 telah menjengah ke seluruh pawagam minggu lalu hasil arahan Andres Muschietti berjudul IT . Filem IT ini yang diadaptasi dari novel Stephen King yang diterbitkan pada tahun 1986. Stephen King memang dikenal sebagai salah satu penulis yang biasa membuat cerita horor supranatural dan psikologis. Dalam novelnya kali ini, beliau kembali membuat cerita tentang trauma masa kecil, kekuatan memori, dan hal-hal yang tersembunyi dalam ritual di sebuah kota kecil. SINOPSIS FILEM IT: Bill yang sangat rapat dan kasih kepada adiknya, Georgie telah membiarkan adiknya bermain kapal kertas dilaluan air berseorangan diluar dalam keadaan hujan dan tanpa disedari adiknya telah hilang tanpa jejak. Dari situlah bermulanya pencarian Bill bersama rakan karibnya (Baverly, Eddie, Stanley, Mike, Ben dan Richie) yang lain mencari jalan untuk merungkaikan misteri kehilangan ramai kanak-kanak di kawasan kejir