Posts

Showing posts from October 13, 2017

RADIO ZAYAN FM HIDANGKAN HALWA TELINGA BERBENTUK GAYA HIDUP MUSLIM KONTEMPORARI

Image
RADIO ZAYAN FM HIDANGKAN HALWA TELINGA BERBENTUK GAYA HIDUP MUSLIM KONTEMPORARI | Sebenarnya patik baru mengenali radio terbaru Radio Zayan ini pagi tadi semasa memandu dari pejabat ke restoran untuk minum pagi. Pertama kali mendengar ianya seperti kearah sebuah stesen radio berbentuk islamik. Tetapi lama kelamaan baru patik rasakan kelainan mereka dari segi penyusunan lagu yang dimainkan.  Sesampai pejabat patik membuat carian di Google dan mendapati ianya adalah sebuah stesen radio baru yang baru beroperasi pada 2 Oktober 2017 lalu dibawah kendalian Astro Radio Sdn. Bhd .  Melihat pada frekuensinya iaitu 104.9 FM, ianya dahulu adalah milik Radio Red FM tetapi telah dirombak dan terhasilnya Radio Zayan FM . Walaupun sebuah radio stesen baru, mereka nampaknya sudah bersedia untuk bersaing dengan stesen radio yang sedia ada. Kalau korang tengok segmen mereka, mereka meletakkan penyampai yang memang sudah biasa dengan dunia penyiaran. Jadi tiada masalah bagi mereka.