Posts

Showing posts from October 25, 2017

BENARKAH BURUNG ENGGANG LIAR WUJUD DI PULAU PANGKOR ??

Image
BENARKAH BURUNG ENGGANG LIAR WUJUD DI PULAU PANGKOR ?? | Bila sebut burung enggang, patik yakin korang mesti terbayangkan Negeri di bawah Bayu iaitu Sabah bukan? Kebiasaanya patik akan melihat burung enggang hanya didalam zoo yang terkurung dan kadang kala ianya akan dijadikan sebagai binatang untuk persembahan.  Berlokasi di  Sunset View Chalet Teluk Nipah patik berpeluang untuk melihat dengan leibih dekat burung enggang liar yang berkeliaran bebas datang untuk makan. Sunset View Chelet ini dikatakan adalah kolasi utama burung enggang ini akan mendarat dan mendapatkan makanan.  Bagaikan sudah mengetahui masa makan, setiap hari lebih kurang jam 6.30 petang, burung-burung enggang ini akan mula mendarat dikawasan berhampiran Sunset View Chelet ini dan sekaligus ianya menjadi tarikan utama orang ramai datang kesini.  Siapa sangka, daripada aktiviti sekadar suka-suka memberi makan kepada burung-burung ini, ianya telah menjadi lokasi wajib orang datang ke