Posts

Showing posts from November 15, 2017

LAWATAN KE ZOO NEGARA MALAYSIA SEMPENA PENYERAHAN SUMBANGAN UNTUK HAIWAN ANGKAT

Image
LAWATAN KE ZOO NEGARA MALAYSIA SEMPENA PENYERAHAN SUMBANGAN UNTUK HAIWAN ANGKAT | Tempoh hari patik sempat bersama rakan sekerja di UPM telah mengadakan lawatan singat ke Zoo Negara Malaysia yang terletak di Ulu Klang Kuala Lumpur.   Untuk pengetahuan korang, zoo ini merupakan zoo yang pertama di Malaysia dan diuruskan sepenuhnya oleh Persatuan Zoologikal Malaysia iaitu sebuah badan bukan kerajaan yang memainkan peranan utama dalam hal ehwal konservasi hidupan liar, penyelidikan, pendidikan dan rekreasi.  Pada tahun 2007, Zoo Negara menerima sijil MS ISO 9001:2000. Zoo Negara merangkumi keluasan 110 ekar tanah yang terletak hanya sekitar 5 km dari bandar Kuala Lumpur. Zoo Negara kini menonjolkan konsep zoo terbuka dengan 90% haiwan ditempatkan di kandang terbuka yang luas dengan hiasan laman yang bersesuaian dengan persekitaran asalnya. Patik bersama 2 rakan lain telah tiba di Zoo Negara seawal 8.00 pagi dimana waktu ini adalah waktu dimana semua sukarelawan