Posts

Showing posts from November 21, 2017

KOLEKSI TARI SERUMPUN ANJURAN JKKN DENGAN KERJASAMA MATIC MERIAH

Image
KOLEKSI TARI SERUMPUN ANJURAN JKKN DENGAN KERJASAMA MATIC MERIAH  | Sebenarnya patik sangat menggemari benda-benda yang kearah kebudayaan ni termasuklah tarian dan pementasan.  Tempoh hari patik dan beberapa rakan blogger lain telah berpeluang untuk memeriahkan persembahan Koleksi Tari Serumpuan anjuran Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara (JKKN) dengan kerjasama MaTic Kuala Lumpur . Persembahan Koleksi Tari Serumpun ini telah diadakan di Dewan Tunku Abdul Rahman, MaTic, Kuala Lumpur yang dihadiri oleh ramai tetamu yang gemarkan tarian kebudayaan. Permulaan persembahan dimulakan dengan tarian pembukaan Tarian Meracap Inai . Tarian Meracap Inai merupakan tarian yang berasal daripada tarian istana. Selalunya tarian ini ditarikan dihadapan Sultan dan pembesar negara.  Meracap Inai Tarian ini dipersembahkan dengan menggunakan peralatan alat tari menyerupai bunga emas dan diterangi dengan pelita kecil yang melambangkan kebahagian. Selalunya tarian ini ditarikan deng