Posts

Showing posts from December 21, 2017

PENGALAMAN BERMAIN DI TALI AIR HOMESTAY LABU KUBONG KUALA KANGSAR PERAK

Image
PENGALAMAN BERMAIN DI TALI AIR HOMESTAY LABU KUBUNG PERAK | Bila sebut tali air, patik sebenarnya patik tidak pernah ada pengalaman berada dan bermain ditali air dimana-mana kawasan di Malaysia. Bagaimana perasaan bermain di tali air semua tu tidak pernah patik alami dan kadang kala perasaan tu teringin untuk bermain disana.  Tetapi tempoh hari patik bersama Tourism Malaysia telah berpeluang untuk merasai pengalaman bermain ditali air di sebuah perkampungan di Labu Kubong, Kuala Kangsar Perak . Sebuah perkampungan yang indah, tenang yang berlum parnah patik rasai. Dikelilingi kawasan bukit bukau dan daratan yang boleh patik katakan dipernuhi dengan kawasan sawah. Bila sebut sawah, patik yakin korang pernah nampak laluan air yang digunakan sebagai laluan pengairan bagi sawah padi bagi penduduk kampung. Selalunya laluan air atau lebih dikenali sebagai tali air ini hanya laluan daripada laluan tanah, tetapi tali air yang ade di Labu Kubong ini adalah tali air konkrit.