BOAT NOODLE SAMBUT TAHUN BARU DENGAN MENU TERBAHARU

Tuesday, January 23, 2018

Boat Noodle

BOAT NOODLE SAMBUT TAHUN BARU DENGAN MENU TERBAHARU | Bersempena kedatangan tahun baru 2018, Boat Noodle telah memperkenalkan menu makanan dan minuman terbaru mereka. Khabarnya menu makanan ni ada berbaur tom yam. Bagaimana rasanya yeee. Nanti patik nak rasa laaa. 

Boat Noodle

Tempoh hari patik sempat menjengah ke cawangan Boat Noodle yang terletak di Empire Damansara, Damansara Perdana. Sebenarnya ini adalah kali pertama patik patik sampai kesini. Memang cantik bangunannya. Kalau korang yang jenis kaki #ootd, patik yakin korang pasti gemarkan persekitaran disini. 

Boat Noodle

Untuk kali ini, patik sempat mencuba 2 menu makanan dan 2 menu minuman terbaru dari Boat Noodle. kiranya 4 menu baru ini akan patik rasa. 4 menu ini adalah Blue Butterfly, Mango Smoothie, Prosperity Tom Yam Noodle dan Tom Yam Fried Chicken. Jom patik perkenalkan satu per satu. 

Blue Butterfly
Blue Butterfly

Minuman magic bagi patik ini dinamakan Blue Butterfly. Kenapa patik kata magik? Ini kerana warna air ini yang berwarna akan berubah bila korang campurkan jus limau kedalam minuman ini dan bertukar menjadi warna ungu.

Untuk pengetahuan korang, warna air ini diambil daripada warna biru bunga dari Pokok Telang. Kebiasaan bunga ini adalah digunakan untuk pembuatan nasi kerabu yang berwarna biru. 

Mango Smoothie
Mango Smoothie

Ini kegemaran patik iaitu Mango Smoothie dimana campuran mangga dikisar dengan ais lalu menjadi air yang menyegarkan. 

Prosperity Tom Yam Noodle
Prosperity Tom Yam Noodle

Ini adalah signature bagi Boat Noodle, iaitu Noodle sup dimana Noodle mereka seperti biasa iaitu Glass Noodle dan Egg Noodle.

Terbaharu, mereka tampil dengan Prosperity Tom Yam Noodle yang memberi pilihan kepada penggunjung samada inginkan Thai Rice Noodles dan Springy Noodles. Untuk kuah pula, patik gemarkan rasa kuahnya seperti tomyam santan lebih kepada rasa disebelah Negara Thailand. Yaaa patik suka dengan rasa terbaharu ini. 

Tom Yam Fried Chiken
Tom Yam Fried Chiken

Menu Tom Yam Fried Chiken ini adalah antara kegemaran patik. Meja patik jee sampai 5 pinggan tempah menu ini. Rasa Tom Yam didalam perapan ayam ini memang kena dengan tekak patik. Patik bagi 5 stars !! Hehehe

Boat Noodle

Secara keseluruhan patik dan kawan-kawan sangat berpuas hati dan sangat mencadangkan korang datang dan rasa sendiri menu terbaru mereka yang kini sudah ada disemua cawangan Boat Noodle

Boat Noodle

Bagi korang yang ingin mencuba menu terbaru mereka, korang boleh datang terus dan rasai sendiri. Karang nanti kata patik propa kata sedap. Jadi korang datang dan rasai sendiri. 

Korang juga boleh dapatkan informasi lanjut bekenaan Boat Noodle seperti berikut:


>> INSTAGRAM | FACEBOOK <<


You Might Also Like

0 komen