GUBAHAN HANTARAN BUNGA SEGAR MODEN DAN RINGKAS DARI HANTARAN BY EJAD

Thursday, January 04, 2018


GUBAHAN HANTARAN BUNGA SEGAR MODEN DAN RINGKAS DARI HANTARAN BY EJAD | Bersempena majlis pertunangan patik tempoh hari, patik agak serabut konsep apa yang akan patik berikan untuk gubahan hantaran majlis patik itu nanti.

Kalau dahulu zaman abang-abang dan adik patik punya majlis pertunangan mahupun majlis perkahwinan, patik adalah orang yang paling sibuk memikirkan konsep apa yang akan patik ketengahkan untuk hantaran mereka. 

Tapi untuk majlis patik sendiri patik, entah tak tahu patik nak kata apa sebab patik secara tiba-tiba tidak mempunyai hati dan idea untuk menghasilkan hantaran sendiri. Jenuh mencari dipelusuk google, konsep yang hendak patik berikan kepada pasangan patik nanti. Dalam hati inginkan sesuatu yang simple tapi nampak mahal.


Akhirnya "jodoh" patik dipertemukan dengan penggubah hantaran yang patik kenali itu Hantaran By Ejad. Yang menariknya, semua gubahan mereka menggunakan bunga segar dan bukan bunga palsu. Jadi patik tanpa pendek kata terus cuba menghubungi mereka dan akhirnya mereka redha untuk melayan permintaan patik ini. 

Konsep patik mudah jeee, biar ianya kelihatan simple tapi hasilnya akan nampak mahal. 

hantaran tunang
Tepak Sireh & Bunga Pahar


hantaran tunang
Coklat

hantaran tunang
Cincin Tunang & Cincin Risik

hantaran tunang
Beg Tangan

hantaran tunang
Buah-buahan

hantaran tunang
Kasut

hantaran tunang
Kek

hantaran tunang
Perfume

Secara keseluruhan patik sangat berpuas hati dengan tema dan apa yang mereka berikan hasil kepada patik. Bagi korang yang ingin menggunakan perkhidmatan menggubah hantaran bunga segar, korang boleh menghubungi terus mereka seperti informasi berikut.

Telefon:
012-245 8541
(Hantaran By Ejad)

>> INSTAGRAM | FACEBOOK <<

You Might Also Like

0 komen