MANGO FLOAT ROYALE MELAKA MINUMAN VIRAL JADI TARIKAN

Monday, January 22, 2018

MANGO FLOAT ROYALE MELAKA

MANGO FLOAT ROYALE MELAKA MINUMAN VIRAL JADI TARIKAN | Bila sebut makanan & minuman viral Melaka, patik yakin korang mesti tahu tentang tarikan yang ada disana lebih-lebih lagi Coconut Shake Klebang dan juga Kuih Keria Gula Melaka.

Selain asam pedas Melaka, 2 menu urban ini telah diangkat Negeri Melaka mempunyai menu viral yang rata-rata orang ramai gigih beratur untuk mendapatkannya. 

Tahukah anda, ada 1 lagi viral disana yang mungkin korang belum mengetahuinya. Mango Float Royale Melaka yang terletak di Kampung Sungai Putat, Batu Berendam Melaka ini telah berjaya tergolong didalam menu viral di Negeri Melaka. 

MANGO FLOAT ROYALE MELAKA

Tempoh hari patik sempat singgah ke Mango Float Royale Melaka ini bagi merasai sendiri bagaimana rasa air yang menjadi viral oleh orang ramai.
Apa yang patik lihat, sampai di lokasi, ramai manusia sudah memenuhi ruang jualan air ini. Ada yang mengambil tempat dan ada yang beratur menunggu tempahan mereka. Tempat letak kereta pula sudah dipenuhi dengan kederaan dari pelbagai negeri di Malayia. Memang seronok tengok perniagaan menjadi seperti ini. 

MANGO FLOAT ROYALE MELAKA

Menyembang dengan pemilik Mango Float Royale Melaka ini merupakan seorang anak muda dimana beliau menceritakan bagaimana bermulanya Mango Float Royale Melaka ini. Pada mulanya, perniagaan ini hanyalah sebuah perniagaan yang diusahakan oleh beliau sendiri dihadapan rumah sahaja dan jualan pada hari pertama adalah sebanyak 6 cawan sahaja. 

MANGO FLOAT ROYALE MELAKA

Sehingga hari ini jualan beliau boleh meninggakat sebanyak 1000 cawan sehari dan boleh mencapai 2 atau 3 kali ganda pada musim-musim cuti dan perayaan. Ya Allah seronok patik tengok beliau yang sangat muda sudah memiliki perniagaan yang boleh patik katakan agak membanggakan. 

MANGO FLOAT ROYALE MELAKA

Selain menjual air Mango Float ini, lokasi ini juga menjadi tumpuan penjual menu makanan lain seperti keropok lekor, mee kari, nasi ayam penyek, laksa bersarang dan banyak lagi menu yang menyelerakan. 

MANGO FLOAT ROYALE MELAKA

Siapa sangka hanya berniaga dihadapan rumah, kini telah menjadi lokasi tumpuan orang ramai datang untuk menikmati Mango Float Royale Melaka. Air Mango Float ini korang boleh dapatkan dengan harga RM5.50.

MANGO FLOAT ROYALE MELAKA

Tidak lokek dengan ilmu, pemilik Mango Float Royale Melaka sudi berkongsi bagaimana beliau menghasilkan air mangga ini. Hanya campuran mangga, pati mangga dan air krim vanila, air Mango Float Royale Melaka ini dihasilkan. 

Rancangan terdekat, Mango Float Royale Melaka akan membuka cawangan mereka ke Klebang Melaka dimana mereka sudah sedia untuk membuka Food Truck disana. Jadi korang boleh terus dapatkan Mango Float ini terus sekiranya berkunjung ke Klebang. 

MANGO FLOAT ROYALE MELAKA

Bagi korang yang ingin mencuba sendiri rasa Mango Float Royale Melaka ini, korang boleh terus ke lokasi dengan menggunakan aplikasi waze dengan membuat carian "Mango Float Royale Melaka" atau korang boleh dapatkan informasi seperti berikut: 

Waze: 
Mango Float Royale Melaka

Telefon:
017-678 3602

MANGO FLOAT ROYALE MELAKA


>> FACEBOOK | INSTAGRAM <<


You Might Also Like

0 komen