REVIEW FILEM TIGER ZINDA HAI LAKONAN SALMAN KHAN DAN KATRINA KAIF

Monday, January 08, 2018


REVIEW FILEM TIGER ZINDA HAI LAKONAN SALMAN KHAN DAN KATRINA KAIF | Tempoh hari patik sempat meluangkan masa dengan Cik Tunang dan rakan kami menonton filem terbaru lakonan Salman Khan dan juga Katrina Kaif iaitu Tiger Zinda Hai. Filem ini adalah sekuel daripada filem mereka Ek Tha Tiger yang telah ditayangkan pada tahun 2012 lalu.


Patik sempat singgah ke TGV D'Pulze Cyberjaya kerana masa tayangan yang disediakan bersesuaian dengan masa patik since patik pun bawa anak orang. Jadi tidak manis kalau bawa keluar lama-lama memandangkan tayangan ini dijangka akan tamat agak lambat. Hehehe

Jom patik kongsikan ulasan apa yang patik tonton tempoh hari.

SINOPSIS FILEM TIGER ZINDA HAI

Jenis Filem : Aksi dan sedikit komedi
Durasi : 3 jam 8 minit
Negara Asal : India
Pengarah : Ali Abbas Zafar
Penulis Naskah : Aditya Chopra, Neelesh Misra
Pelakon : Salman Khan, Katrina Kaif, Ranvir Shorey, Girish Karnad, Prem Khan

Filem Tiger Zinda Hai ini berkisarkan dimana bekas mata-mata dari India bernama Tiger (Salman Khan) ditugaskan dalam sebuah misi khusus untuk menyelamatkan 25 orang jururawat dari India yang telah ditangkap oleh organisasi teroris bernama IAC di Iraq. 

Bekas mata-mata Pakistan iaitu Zoya (Katrina Kaif) juga menjadi sebahagian dari misi berbahaya ini bersama Tiger. Tiger menyelinap ke negara Iraq untuk dapat mengetahui seorang pria bernama Usman Al-Isral yang merupakan sosok pemimpin utama dari organisasi teroris ini.

Persoalan didalam filem ini adalah, adakah gabungan Tiger dan Zoya ini mampu untuk menyelamatkan jururawat ini berjaya atau sebaliknya? Bagaimana perancangan mereka untuk menyelamatkan jururawat ini? Jom saksikan trailer sebagai membakar semangat korang untuk tengok di pawagam berhampiran.



Patik sebenarnya akan tertarik untuk menonton filem hindustan ini apabila hero atau heroinnya adalah pelakon yang dikenali seperti Amir Khan, Shah Rukh Khan atau Salman Khan dan untuk filem ini, Salam Khan menjadi peneraju utama. 


Tayangan 3 jam yang pasti korang dihidangkan dengan pelbagai perasaan. Memang agak letih utnuk duduk diatas kerusi selama 3 jam tu, tetapi pelbagai reaksi yang dipersembahkan menjadikan korang semangat untuk menonton setiap babak didalam filem ini.

Jadi apa tunggu lagi, jom ramai-ramai datang ke pawagam untuk menonton filem Tiger Zinda Hai ini dipawagam terdekat.

You Might Also Like

0 komen