SASAR 200,000 PENGGUNA KAD NEGARAKU MPAY MASTERCARD MENJELANG 2018

Tuesday, January 02, 2018

Kad Negaraku MPay Mastercard

SASAR 200,000 PENGGUNA KAD NEGARAKU MPAY MASTERCARD MENJELANG 2018  | Sejumlah 200,000 orang pengguna dijangka menjadi pengguna kepad Kad Negraku Mpay Mastercard pada tahun 2018. Itu adalah sasaran daripada Kelab Sahabat Persaudaraan kepada 25 rakan NGO pada majlis Program Sahabat Negaraku tempoh hari. 

Kad Negaraku MPay Mastercard

Patik sama-sama hadir ke program pengenalan program ini bagi mengetahui apakah kebaikan kepada pengguna dan fungsi kad ini kepada pemiliknya. 

Sebagai permulaan, program ini mengumpulkan lebih kurang 25 buah NGO di sekitar Wilayah Kuala Lumpur dan Selangor dan melalui program ini dapat menyemarakkan semangat Negaraku melalui penganjuran aktiviti kemasyarakatan. 

Kad Negaraku MPay Mastercard

Melalui kad ini, pengguna kad ini boleh menikmati produk dan perkhidmatan yang disediakan pada harga yang lebih rendah dan jimat. Dengan kad ini, korang bukan saja boleh mendapatkan barangan pada harga yang murah tetapi korang boleh berbelanja dengan menggunakan kad ini dalam kehidupan harian korang seperti berhinur, menonton wayang, melawat taman tema dan sebagainaya.

Kad Negaraku MPay Mastercard

Melalui program seperti ini, kumpulan NGO yang berminat sebagai pengenalan program akan mendaftar dengan pihak Kelab Sahabat Persaudaraan dan mereka berhak untuk memiliki Kad Negaraku MPay Mastercard ini dan menikmati segala kemudahan dan kelebihan yang ditawarkan.

Kad Negaraku MPay Mastercard

Pengasas Kelab Sahabat Persaudaraan, Dr. Mohd Zamri Noordin menyatakan bahawa Program Sahabat Negaraku ini secara konsistennya akan terus memperkenalkan Kad Negaraku MPay Mastercard diseluruh negara dan semuanya akan dimulakan di Negeri Selangor dan Wilayah Persekutian Kuala Lumpur dengan kerjasama NGO dan pemimpin masyarakat bagi memastikan program ini dapat difahami oleh masyarakat keseluruhannya nanti. 

Kad Negaraku MPay Mastercard

Semoga hasrat untuk menjadikan Kad Negaraku MPay Mastercard ini sebagai kad serbaguna kepada masyarakat, kita boleh sama-sama menyokong dan mumgkin kita sebagai masyarat juga akan dapat merasai kemudahan yang diberikan sebagai pengguna kad ini nanti. 

You Might Also Like

0 komen