UNIFI TAMPIL DENGAN PELBAGAI PEMBAHARUAN BARU

Tuesday, January 30, 2018

UNIFI

UNIFI TAMPIL DENGAN PELBAGAI PEMBAHARUAN BARU | Hari ini patik yakin semua orang pasti mementingkan kelajuan data korang dalam menggunakan perkhidmatan internet daripada telco yang ada di Malaysia. Begitu juga dengan patik. Patik lebih mementingkan kelajuan dan juga keluasan data yang ditawarkan oleh syarikat telco.

Terbaru patik teruja apabila syarikat Telekom Malaysia yang begitu popular tampil dengan pelbagai pembaharuan baru untuk ditawarkan kepada pengguna. Berlokasi di Menara TM, syarikat telekomunikasi nombor 1 Malaysia ini telah melancarkan 4 produk sekaligus iaitu Unifi Home, Unifi Mobile, Unifi TV dan Unifi WiFi

UNIFI

Majlis yang sangat meriah ini dimulai dengan perarakan masuk tetamu sambil pekikkan bunyian wisel, tepukan dan jeritan seperti berada didalam sebuah stadium bola sepak. Seronok dan memang meriah. Hehehehe. 

UNIFI

Menurut Encik Imri sempena tahun 2018, Unifi kini tampil dengan pembaharuan dengan melengkapkan tawaran yang merangkumi kemudahan telefon mudah alih dan TV disamping perkhidmatan sedia ada untuk kediaman dan WiFi. Dengan perubahan ini, TM merupakan jenama pertama yang menawarkan sambungan Internet secara menyeluruh secara sebenar di mana-mana sahaja sekaligus mengukuhkan peranan TM sebagai pemacu utama dalam merialisasikan kuasa digital serta mempercepatkan gaya hidup digital kepada semua. 

UNIFI

Didalam majlis ini, kami telah diperkenalkan dengan pembaharuan yang dibuat oleh Unifi iaitu Unifi Home, Unifi Mobile, Unifi TV dan Unifi WiFi. Apa keunikan untuk setiap kategori Unifi ini?

UNIFI HOME

Lanjutan dengan promosi sehingga akhir tahun, Unifi telah memperkenalkan "Skuad Sempurna Unifi" dimana mereka ini akan datang ke kawasan-kawasan yang berpotensi untuk mendaftarkan pelanggan baharu dan membuat pengaktifan perkhidmatan tersebut. 

Dengan pakej serendah RM139, pakej ini turut hadir dengan beberapa pilihan pek unifi TV, peranti dan panggilan. Untuk maklumat lanjut sila kunjungi www.unifi.com.my ataupun laman sosial unifi di www.facebook.com/weareunifi (dahulu Everyone Connects), www.twitter.com/unifi (dahulunya @TMCorp) dan juga unifi.com.my/youtube.

UNIFI MOBILE

Bagi korang yang menggunakan perkhidmatan WEBE, WEBE kini telah dikenali sebagai Unifi Mobile. Kewujudan WEBE pada tahun 2016 telah mempamerkan prestasi yang sangat memberangsangkan semenjak pelancaran kuota tanpa had ini dilancarkan.  

Dengan perkenalan Unifi Mobile #bebas, ia akan memberi kebebasan kepada pelanggan terhadap produk mudah alih ini. Unifi Mobile bukanlah produk prabayar atau pascabayar, tetapi ia adalah hibrid yang memberi kebebasan kepada pelanggan untuk memilih mengikut kemahuan dan keperluan penggunaan data mereka TANPA SEBARANG KONTRAK DAN KOMITMEN.

Berita baik, Unifi Mobile akan memberikan 1 juta kad SIM 20GB secara PERCUMA kepada rakyat Malaysia. 

Apa yang perlu kita hanyalah memuat turun aplikasi mudah alih @unifi yang terdapat AppStore atau PlayStore untuk membuat pesanan. selesai mendaftar korang hanya perlu pergi mana-mana cawangan TMPoint untuk mendapatkan SIM kad yang telah korang mohon atau korang boleh memilih untuk dihantar terus ke rumah dengan bayaran yang dikenakan sebanyak RM10.60 (termasuk GST) sebagi kos penghantaran. 

Untuk keterangan lanjut mengenai Unfi Mobile #bebas, layari www.unifi.com.my/mobile ataupun laman sosial unifi mobile iaitu www.facebook.com/unifimobile.

UNIFI TV

Jika dahulu dikenali sebagai HyppTV, terbaru nama HyppTV telah ditukar nama menjadi Unifi TV dimana kandungannya masih sama tetapi Unifi TV telah menambah sesuatu yang baru iaitu permainan intraktif yang pertama di Malaysia dipanggil TEKA TEKAN. 

Permainan ini membolehkan korang boleh berinteraksi dengan TV secara langsung dan menjawab sorang yang memungkinkan korang memenangi hadiah sebanyak RM20,000 setiap hari !! Sangat lumayan kot. 

Caranya hanyalah dengan menjawab 5 soalan mudah yang berkaitan dengan pelbagai isu semasa/trending dan informasi umum. Ini mencakupi soalan mengenai unifi, dunia artis, filem, sejarah, matematik, sains, fizik, sukan dan banyak lagi. Korang hanya perlu menggunakan alat kawalan jauh Unifi TV (remote control) untuk menjawab 5 soalan yang dikemukakan ketika siaran berlangsung dengan menekan samada butang merah, hijau, kuning atau biru.

Program ini telah berlangsung bermula 15 Januari 2018 setiap hari Isnin sehingga Jumaat pada jam 8.30 malam disaluran 116 (HyppSensasi). Program ini dikendalikan oleh Shuib Sepahtu, Farouk Hussein, Acong Sweet Child dan Anas Ridzuan. Program ini dibawakan oleh Huawei sebagai penaja utama. Untuk keterangan lanjut boleh layari www.tekatekan.unifi.com.my.

UNIFI

Turut hadir pada majlis ini adalah Dato' Sri Mohammed Shazalli Ramly (Pengarah Urusan/Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan TM), Datuk Bazlan Osman (Pengarah Eksekutif/Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan TM), Imri Mokhtar (Naib Presiden Eksekutif unifi), Jeremy Kung (Naib Presiden Eksekutif unifi TV), Moharmustaqeem Mohammed (Ketua Pegawai Eksekutif unifi mobile) serta barisan pengurusan kanan TM. Kiranya orang-orang besar bagi kumpulan TM semua turun padang bagi pelancaran ini.

UNIFI

UNIFI

Jadi apa tunggu lagi. Unifi tampil dengan pelbagai pembaharuan baru ini korang kena lekas rebut peluang yang Unifi berikan ni. Memang terbaik dan korang tidak perlu lagi sangsi dengan perkhidmatan yang diberikan oleh mereka. Ingat Unifi ingat Unifi Home, Unifi Mobile, Unifi TV dan Unifi WiFi yeeee. Hehehehe

You Might Also Like

0 komen