JONLIVIA LANCAR PAKAIAN SUKAN BERKUALITI TINGGI

Friday, February 02, 2018


JONLIVIA LANCAR PAKAIAN SUKAN BERKUALITI TINGGI | Bersukan adalah amat digalakkan didalam kerja seharian tidak kira bersukan jenis perlahan ataupun jenis yang berat. Selain bersukan, pakaian yang sesuai juga amat penting untuk setiap orang memilikinya sebagai memberi keselesaan semasa korang melakukan aktiviti bersukan. 

Untuk itu jom patik perkenalkan pakaian sukan yang berkualiti tinggi daripada jenama Jonlivia. Khabarnya Jonlivia lancar pakaian sukan berkualiti tinggi yang terbaru daripada mereka yang boleh korang miliki nanti. 

PELANCARAN PAKAIAN SUKAN BERKUALITI DARIPADA JONLIVIA



Berikutan dengan keperluan pakaian sukan yang sesuai dan selesa, jenama Jonlivia telah melancarkan pakaian sukan yang berkualiti tinggi. Berlokasi di Paradigm Mall Kelana Jaya, majlis yang sangat meriah telah diadakan disana. 


Apa yang menariknya dengan pakaian sukan ini terutamanya seluar sukan yang dikenali sebagai 'BlazePants Brightening Series' ini, ianya merupakan seluar fusion yang mempunyai fungsi 3 dalam 1 dimana ianya membantu membakar kalori empat kali lebih cepat, mendapat perlindungan UV sebanyak 50% dan mencerahkan serta melembabkan kulit. 

Yang lebih ekslusif tentang produk ini, ianya juga dicipta dari material berbau wangi (rose). Jadinya korang akan berasa lebih selesa dengan bauan yang lebih menenangkan. 

PENCARIAN JUARA SIMPLEZY CHALLANGE



Kesinambungan dengan pelancaran pakaian sukan Jonlivia ini, turut diadakan adalam Pencarian Juara Simplezy Challange dimana terdapat 20 orang peserta yang dipilih oleh pihak penganjur untuk turut serta didalam misi kesihatan mereka. 


Diperingkat akhir ini, semua tetamu dikehendaki untuk mengundi peserta kegemaran mereka  pada tiang-tiang ini mewakili setiap peserta sebelum dinobatkan sebagai pemenang. 


Keputusannya, Lim Siew Li telah menerima undian paling banyak dikalangan penonton yang hadir. Tahniah buat pemenang yang juga menerima wang tunai dan tiket kapal terbang dari AirAsia. 


Terima kasih kepada pihak Jonlivia diatas jemputan kemajlis pelancaran pakaian sukan yang berkualiti tinggi ini dan patik secara peribadi sangat teruja untuk merasai sendiri seluar sukan yang baru diperkenalkan ini. 

Bagi korang yang ingin mengetahui dengan lebih lanjur berkenaan produk keluaran jenama Jonlivia ini, korang boleh dapatkan informasi seperti berikut:


>> WEBSITE | FACEBOOK | INSTAGRAM <<

You Might Also Like

0 komen