MALAM GALA TAYANGAN FILEM SURF THIS LOVE : GELORA JUARA MERIAH

Thursday, February 22, 2018


MALAM GALA TAYANGAN SURF THIS LOVE : GELORA JUARA MERIAH | Esok 22 Februari 2018 bermulalah tayangan filem terbaru arahan Wan Mohd Hafiz Wan Hussain dan idea asal oleh Khairul Kiasan yang bertajuk Surf This Love: Gelora Juara yang dibintangi oleh pelakon seperti Shukri Yahaya dan Christina Suzanne, dibantu Josiah Hogan, Pekin Ibrahim, Mustaqim, Syuhaida Abraz dan ramai lagi.


Tempoh hari patik telah bersama-sama menonton filem ini pada Malam Gala Tayangan Filem Surf This Love : Gelora Juara yang berlokasi di MM Cineplexes E-Curve Kota Damansara. Ramai rakan selebriti dan juga pelakon filem yang turut hadir bagi memeriahkan lagi tayangan perdana bagi filem ini. 


Turut hadir pada malam tayangan ini adalah barisan pelakon filem ini dan juga pengarah dan penerbit yang menghasilkan filem ini.


Khabarnya filem ini berkonsepkan filem yang yang tidak pernah dibuat di Malaysia yang menonjolkan kehidupan seorang peluncur ombak (surfing). 


SINOPSIS FILEM SURF THIS LOVE : GELORA JUARA

Billy bekerja dengan kakaknya, Siti sebagai pemandu pelancong di Pulau Tioman. Sejak kecil, Billy sangat suka dengan sukan surfing (luncur ombak) kerana dia mendapat sumber inspirasi dari arwah abangnya iaitu Bobby yang merupakan seorang juara luncur ombak yang terkenal. Selain Bobby, Mike Malaya dan Jimmy yang juga sahabat arwah abangnya juga handal dalam sukan luncur ombak, turut menjadi idola Billy.

Walaupun sangat obsess dengan sukan surfing sejak dia berusia 12 tahun hinggalah sekarang Billy tidak pernah betul-betul cekap dan handal bermain dengan surf board dan ombak. Pencapaiannya dalam sukan ini terbantut kerana arwah abangnya Bobby mati dalam satu pertandingan sukan luncur ombak di Bali. Manakala Jimmy yang masih berkawan dengannya hingga kini dan tinggal tidak jauh dari rumahnya juga enggan mengajarnya kerana Jimmy mengalami kecacatan di kaki. Kesan dari kecederaan di kakinya dan juga sejak kematian Bobby, Jimmy bagaikan sudah ‘patah hati’ dengan sukan luncur ombak. Mike Malaya pula sejak kematian Bobby, dia telah merantau ke seluruh dunia bagi menyertai sukan luncur ombak. Maka terpaksa lah Billy terkial-kial berlatih surfing sorang diri tanpa tunjuk ajar sesiapa pun. Walaubagaimanapun, apa jua cabaran dan kesusahan, minat Billy dengan sukan ini tidak pernah luntur.

Cerita ini bermula dengan kehadiran seorang blogger yang cantik dari Kuala Lumpur iaitu Mia yang bertandang ke Pulau Tioman untuk membuat liputan tentang keindahan Pulau Tioman bagi bahan cerita dalam blognya. Walaupun Mia pertama kali sampai Tioman dan hanya datang seorang diri, Mia tidak berdepan dengan sebarang masalah kerana di Tioman, Mia mempunyai seorang sahabat yang pernah belajar bersama-sama dengannya di universiti dahulu iaitu Lia. Lia bekerja dengan abangnya Jimmy, yang mengusahakan sebuah café dan bengkel membaiki surf board.

Lia mencadangkan Mia mendapatkan khidmat pemandu pelancong bagi membawanya bersiar-siar ke seluruh Pulau Tioman kerana dia sibuk membantu abangnya menguruskan kedai. Pemandu pelancong yang dimaksudkan Lia adalah kawanya sejak kecil iaitu Billy.

Billy lah yang membawa Mia bersiar-siar seluruh pulau. Dari perkenalan singkat itu, Mia tertarik dengan perwatakan Billy yang kelakar dan bersahaja. Jauh dalam hati Mia, Mia kagum dengan kesungguhan Billy dalam sukan surfing walaupun Billy sering gagal. Bagi Billy pula, dia sudah mula jatuh hati pada Mia kerana Mia tidak seperti orang lain yang sering merendah-rendahkan cita-citanya.


Bagaimana pengakhiran filem ini? Korang kena datang dan saksikan sendiri pengakhiran filem ini. Adakah Billy berjaya dalam sukan meluncur ombak? Adakah Billy dapat memikat hati Mia? Semuanya akan terjawab apabila korang datang dan melihat sendiri bagaimana pengakhiran filem ini. 




ULASAN PERIBADI


  1. Secara peribadi patik sukakan watak Billy (Syukri Yahaya) yang memang all out dengan perangai yang gila-gila dan memang kelakar. 
  2. Filem bergenre sukan ini adalah yang pertama dan patik sendiri secara peribadi tidak pernah tahu yang di Malaysia ada wujudnya jaguh hebat dan sukan meluncur ombak ini. 
  3. Filem Malaysia juga tidak terpisah dengan adegan bercinta dan ini sama sekali terjadi didalam filem ini. 
  4. Tidak ramai yang tahu bahawa Pulau Tioman merupakan pulau yang dikatakan sesuai untuk sukan luncur ombak.

You Might Also Like

0 komen