TIKET KE ANUGERAH JUARA LAGU 32 (AJL32) UNTUK DIBERIKAN SECARA PERCUMA

Monday, February 05, 2018

ANUGERAH JUARA LAGU 32 (AJL32)

TIKET KE ANUGERAH JUARA LAGU 32 (AJL32) UNTUK DIBERIKAN SECARA PERCUMA | Anugerah Juara Lagu 32 (AJL32) kembali lagi tahun ini dengan bertemakan "Fesyen dan Muzik". Seperti biasa 12 buah lagu dari pelbagai jenis genre kembali menghangatkan pentas akhir Angerah Juara Lagu 32

ANUGERAH JUARA LAGU 32 (AJL32)

Patik yakin peserta bagi 12 buah lagu yang dipertandingkan tahun ini sedang giat membuat latihan bagi menampilkan sesuatu yang terbaik dipentas Juara Lagu nanti. Secara jujurnya patik tidak sabar untuk menonton Wany Hasrita, Ara Johari dan juga Heal yang masing-masing mempunyai kekuatan tersendiri. 


ANUGERAH JUARA LAGU 32

Pentas akhir ini akan berlangsung pada 11 Februari 2018 di Axiata Arena Bukit Jalil. Bila sebut apa jua majlis anugerah, fesyen dan muzik seperti tidak boleh dipisahkan dimana setiap peserta dan juga penonton akan hadir dengan pelbagai jenis fesyen dan akhirnya tema "Fesyen dan Muzik" diangkat sebagai teman bagi AJL32 tahun ini. 

ANUGERAH JUARA LAGU 32 (AJL32)

Anugerah Juara Lagu 32 bakal bersiaran secara langsung dengan menampilkan hos Alif Satar dan Sherry Alhadad dan diterajui oleh Penerbit Eksekutif Puan Nurhul Huda Abdul Khalid bersama Penerbit, saudari Aida Azira Hussin.

Terdapat beberapa kategori yang dipertandingkan seperti Vokal Terbaik, Persembahan Terbaik, Tempat Ketiga, Tempat Kedua dan Juara Lagu dimana masing-masing akan menerima Trofi fan wang tunai bagi setiap kategori. 


UNDIAN BAGI PERSEMBAHAN TERBAIK

Bagi yang menonton AJL32 nanti, korang boleh membuat undian bagi persembahan terbaik dimana sewaktu siaran langsung pada 11 Februari 2018 nanti, korang boleh mengundi setiap peserta  di lawan web AJL32 www.xtra.com.my/ajl32. Undian yang hanya akan dibuka bermula jam 9.00 malam – 11.30 malam. 

Korang juga boleh mengetahui pelbagai info finalis, berita terkini AJL32, video dan galeri sebalik tabir serta siaran langsung secara online menerusi LIVE TV di xtra yang dibawakan oleh TONTON bermula 9 malam nanti. 


TIKET KE ANUGERAH JUARA LAGU 32 (AJL32) UNTUK DIBERIKAN SECARA PERCUMA

Kesinambungan dengan AJL32, patik ingin memberikan sepasang tiket VIP (untuk 2 pemenang) dan satu tiket VIP (untuk seorang pemenang) kepada pembaca blog patik.

Apa yang korang perlu lakukan adalah :

Kemudian korang perlu ke [LINK INI] dimana korang perlu mengisi beberapa keperluan dan menjawab beberapa soalan berdasarkan penganjuran Anugerah Juara Lagu

  1. Peraduan ini bermula sehingga 7 Februari 2018 (RABU) tepat jam 12 tengahmalam
  2. Pemenang akan diumumkan di instagram @ahmadfauziaryaan.
  3. Segala keputusan adalah MUKTAMAD.

Jadi apa lagi. tiket VIP Anugerah Juara Lagu 32 ini akan patik berikan secara PERCUMA. Jom turut serta dan jangan lupa pada 11 Februari 2018 nanti untuk sama-sama menyaksikan 12 lagu yang akan berentap bagi menjuarai AJL32


SELAMAT MENCUBA


You Might Also Like

0 komen