WUJUDKAH PANTAI YANG BOLEH MELUNCUR DI MALAYSIA ??

Thursday, February 08, 2018

Surf This Love

WUJUDKAH PANTAI YANG BOLEH MELUNCUR DI MALAYSIA ?? | Kadang kala patik terfikir pasal filem di Malaysia ni. Adakah filem yang dibuat ini berdasarkan keadaan sekeliling ataupun sekadar imaginasi si pengarah dalam menterjemahkan apa yang dirasa ke layar perak? 

Patik tertanya ni sebabnya patik ternampak sebuah filem yang khabarnya akan menjengah dipawagam pada 22 Februari 2018 yang mengisahkan kehidupan seorang peluncur yang bertajuk SURF THIS LOVE: GELORA JIWA

Surf This Love

Khabarnya filem terbitan Global Solution Resources ini mengisahkan kehidupan pemain luncur air pertama seumpamanya di Malaysia. Kiranya tiada siapa yang pernah terfikir untuk menjadikan kisah seorang peluncur ini menjadi sebuah filem. 

Kata Penerbit filem saudara Amie Zhu, pihaknya ingin keluar daripada kepompong filem tempatan yang banyak menghidangkan kepada penonton dengan genre dan cinta. Jadi kisah yang lebih kepada genre sukan bagi patik cuba ditonjolkan. 


PANTAI YANG BOLEH MELUNCUR

Surf This Love

Yang patik terpanggil untuk menulis pada entri kali ini adalah sesuaikah filem ini mengisahkan kehidupan peluncur air di Malaysia? Adakah Malaysia mempunyai pantai yang memungkinkan peluncur meluncur disana? Adakah peluncur di Malaysia yang boleh dijadikan sebagai rujukan bagi menaikkan aura filem ini?

Kadangkala patik tidak faham bagaimana seorang Pengarah Filem mempunyai ilham untuk menghasilkan cerita yang bagi patik tidak releven atau tidak sesuai dengan keadaan di Malaysia. Kebiasaan Pengarah Filem akan menghasilkan filem yang dekat dengan hati masyarakat Malaysia. Tetapi filem ini berani untuk mengambil risiko keluar daripada kebiasaan penonton Malaysia. 


PELAKON YANG KURANG DAYA PENARIK

Surf This Love

Bila sebut bab penarik kepada sesebuah filem, patik yakin Penerbit dan Pengarah sudah membayangkan siapa pelakon yang akan membintangi sesebuah filem. Berbalik kepada filem ini patik tidak tahu sejauh mana filem ini boleh menarik orang untuk datang ke pawagam bagi menonton Filem Surf This Love: Gelora Juara kerana secara peribadi patik hanya mengenali beberapa pelakon sahaja. Kalau berjaya ianya adalah rezeki. 

Sebenarnya perkongsian ini adalah sekadar perkongsian biasa dan bukan menghentam kepada filem-filem melayu, tetapi lebih kepada perkongsian sebagai bagi memberi kebaikan kepada filem-filem Malaysia. 


Khabarnya di Malaysia ada pantai yang boleh meluncur. Hahaha patik pun sebenarnya tak tahu yang di Malaysia rupanya ada pantai yang boleh membuat aktiviti sukan meluncur iaitu di Pulau Tioman. Jadi lepas ni boleh laa kalau kita ramai-ramai ke Pulau Tioman untuk melihat rakan-rakan kita meluncur disina.

Apa kata jom sama-sama nantikan pada 22 Februari 2018 untuk tayangan filem Surf This Love: Gelora Juara ini nanti. Patik pun sudah tidak sabar untuk melihat secara keseluruhan dan akan cuba kaitkan dengan apa yang patik rasa didalam filem tersebut.

You Might Also Like

0 komen