KEDAI AYAMAS PERKENAL MENU BARU READY TO EAT UNTUK PELANGGAN

Monday, March 12, 2018

KEDAI AYAMAS PERKENAL MENU BARU READY TO EAT

KEDAI AYAMAS PERKENAL MENU BARU READY TO EAT UNTUK PELANGGAN | Dunia hari ini memerlukan semua yang pantas dan cepat. Begitu juga dengan penyediaan makanan harian kita lebih-lebih lagi mereka yang sibuk bekerja dan juga mereka yang mungkin kaki travel.

Kenapa patik tiba-tiba memperkatakan pasal isu pemakanan dan sibuk ni? Ni haa patik ingin mencadangkan menu terbaru ready to eat daripada Kedai Ayamas

KEDAI AYAMAS PERKENAL MENU BARU READY TO EAT

Tempoh hari patik sempat hadir ke Ayamas Kitchen yang terletak di Glemmarie Shah Alam bagi melihat dan merasai sendiri 3 menu terbaharu mereka. Untuk pengetahaun korang, sebelum ini Kedai Ayamas telah mengeluarkan 3 menu iaitu Nasi Briyani Ayam Buhkara, Nasi Pilaf Ayam Mentega dan Nasi Kandar Ayam Masala yang memang mendapat respon positif daripada pelanggan mereka sendiri. Korang boleh baca entri berkenaan menu sebelum ini [DISINI]

KEDAI AYAMAS PERKENAL MENU BARU READY TO EAT

Untuk menu terbaru kali ini, mereka telah mengeluarkan 3 menu baru iaitu Bihun Goreng Istimewa, Nasi Bijan Ayam Bulgogi dan Nasi Ayam Kari Hijau Thai yang seperti biasa akan memudahkan aktiviti harian korang. 

KEDAI AYAMAS PERKENAL MENU BARU READY TO EAT

Sebelum kita merasai sendiri menu terbaru mereka, Timbalan Pengarah, KARA Holding Sdn Bhd iaitu Encik Mohamad Izham B. Mohamad Haroun telah menyampaikan ucapan perkenalan terhadap menu-menu terbaru mereka. Didalam ucapan beliau, beliau menyatakan bahawa menu yang disediakan adalah segar dimana korang yang merasai menu ini akan dapat merasakan seperti ianya dimasak dirumah korang tanpa mengganggu rasa asli didalamnya. 

Bila beliau berkongsi tentang kesedapan menu baru ini, makin bergelodak jiwa raga patik untuk merasai sendiri menu terbaru mereka. Hehehe. 

Nasi Bijan Ayam Bulgogi
 Nasi Bijan Ayam Bulgogi

Nasi Ayam Kari Hijau Thai
Nasi Ayam Kari Hijau Thai

Bihun Goreng Istimewa
Bihun Goreng Istimewa

Tiga menu inilah adalah menu terbaru daripada mereka untuk pilihan pelanggan. Bagi patik secara peribadi selepas mencuba 3 menu yang telah mereka lancarkan, patik berpendapat menu seperti ini sangat sesuai bagi korang yang suka travel atau mereka yang sibuk bekerja. Hanya korang perlu memanaskan didalam ketuhar mikro atau mengukus bungkusan ini dan ianya boleh dimakan. 

KEDAI AYAMAS PERKENAL MENU BARU READY TO EAT UNTUK PELANGGAN

Patik juga sempat merasai ketiga-tiga menu yang disediakan iaitu Ayam Bulgogi, Ayam Kari Hijau Thai dan juga Bihun Goreng Istimewa mereka. Memang segar dan korang seperti tidak menyangka ianya adalah makana yang siap dimasak dan disejukbekukan. 

Nasi Ayam Kari Hijau Thai
Nasi Bijan Ayam Bulgogi
Bihun Goreng Istimewa

Beginilah keadaan bungkusan makanan untuk ketiga-tiga menu baru mereka. Untuk pengetahuan korang menu ini telah sedia dimasak dan ianya akan disejukbekukan untuk mengekalkan ketahanan masakan mereka. Harga bagi Bihun Goreng Istimewa adalah RM5.90 manakala harga bagi Nasi Bijan Bulgogi dan Nasi Ayam Kari Hijau Thai adalah masing-masing RM7.90

KEDAI AYAMAS PERKENAL MENU BARU READY TO EAT

Korang jangan risau kerana penyediaan mereka telah menjalani spesifikasi makanan yang sihat dan bersih sebelum ianya dipasarkan kepada pelanggan. Yang semestinya korang perlu sejukbekukan ia dibahagian peti ais sejukbeku bagi penyimpanannya. 

Bagi korang yang ingin merasai sendiri menu ini, korang boleh dapatkan terus disemua cawangan Kedai Ayamas di seluruh Malaysia. 

KEDAI AYAMAS PERKENAL MENU BARU READY TO EAT

Apa pun terima kasih kepada pihak Kedai Ayamas atas jemputan bagi sesi review dan sekaligus merasai sendiri menu terbaru mereka. 


>> WEBSITE | INSTAGRAM | FACEBOOK <<


You Might Also Like

0 komen