TAYAR PANCIT? KINI MUDAH DENGAN KRONOS FLAT NO MORE TYRE SEALANT & INFLATOR

Thursday, March 29, 2018

TAYAR PANCIT? KINI MUDAH DENGAN KRONOS FLAT NO MORE TYRE SEALANT & INFLATOR

MASALAH TAYAR PANCIT? KINI LEBIH MUDAH DENGAN KRONOS FLAT NO MORE TYRE SEALANT &INFLATOR | Patik teringat seorang rakan blogger patik yang telah mengalami masalah tayar pancit ditepi jalan tempoh hari. Masa tu patik sudah mula terbayangkan bagaimana beliau nak buka tayar. Dengan keadaan belaiu seorang wanita dan perlu melakukan benda sedemikian. 

Patik sebagai rakan yang terdekat cuba untuk ketempat yang dikatakan dengan harapan untuk membantu. Setibanya dilokasi kejadian, rupanya tayar yang pacit tadi sedang ditukar oleh adik lelaki beliau. Alhamdulillah patik tidak perlu mengotorkan tangat sebabnya, patik sendiri tidak pernah berpengalaman menukar tayar secara sendiri. Hehehehe.


KRONOS FLAT NO MORE TYRE SEALANT & INFLATOR SOLUSI TAYAR PANCIT 

 KRONOS FLAT NO MORE TYRE SEALANT & INFLATOR

Bercerita berkenaan masalah tayar pancit ini, patik telah diperkenalkan dengan produk yang dikatakan mampu untuk mengatasi masalah tayar pancit apabila berlaku kecemasan. KRONOS FLAT NO MORE TYRE SEALANT AND INFLATOR adalah produk yang patik maksudkan. 

Rupanya dengan sebotol produk ini, ia boleh membantu patik atau orang sekeliling diwaktu kecemasan.

Apa yang menariknya Kronos Flat No More Tyre Sealant & Inflator ini adalah:

  • Tidak perlu tukar tayar
  • Senang untuk digunakan
  • Tampalkan lubang tayar dalam 90 saat
  • Tidak memerlukan sebarang peralatan
  • Tidak merosakkan tayar dan rim kereta
  • Formula yang mesra alam dan tidak mudah terbakar
  • Dibuat daripada 100% polimer organik
  • Jangka hayat selama 3 tahun dari tarikh pengilangan
  • Waranti 2 tahun
Ya Allah sangat mudah rupanya lepas patik tahu yang produk ini sangat-sangat membantu dikala tayar kita mengalami masalah terkena benda tajam semasa perjalanan.


PENGGUNAAN KRONOS FLAT NO MORE TYRE SEALANT AND INFLATOR MENGIKUT JENIS KENDERAAN


Tayar racing- low profile.
Kalau paku terlalu dalam dan tidak boleh dicabut - Setengah botol
Kalau paku dicabut dan tayar kempis terus - setengah atau 70% botol

Tayar biasa 13inch - 16 inch
Kalau paku terlalu dalam dan tidak boleh dicabut - Setengah botol
Kalau paku dicabut dan tayar kempis terus - 70% atau 1 botol

 Tayar biasa 17inch dan keatas
Kalau paku terlalu dalam dan tidak boleh dicabut - 70%-80%
Kalau paku dicabut dan tayar kempis terus - 1 botol penuh

Motosikal dan basikal
1 botol 3-4 kali


CARA MENGGUNAKAN KRONOS FLAT NO MORE TYRE SEALANT AND INFLATOR


Untuk pengetahuan korang,  Kronos Flat No More Tyre Sealant & Inflator adalah bersifat sementara diaman produk ini mampu menampal tayar kenderaan korang yang pacit dan korang perlu mencari kedai terdekat untuk memperbaiki tampalan pada bahagian tayar yang bocor tadi.

 KRONOS FLAT NO MORE TYRE SEALANT & INFLATOR
1. Gocang botol Kronos Flat No More Tyre Sealant & Inflator dengan sekata.

 KRONOS FLAT NO MORE TYRE SEALANT & INFLATOR
2. Sambungkan salur plastik yang ada pada  Kronos Flat No More Tyre Sealant &Inflator.

 KRONOS FLAT NO MORE TYRE SEALANT & INFLATOR
3. Tekan untuk tujuan memasukkan angin kedalam tayar.


Tidak perlu khuatir tentang cecair latex ini kerana ianya boleh tahan didalam tayar untuk tempoh beberapa hari dan paling penting ianya mudah dibersihkan.

Secara keseluruhan patik berasa produk ini sangat membantu bukan sahaja mereka dari golongan wanita, malahan bagi golongan lelaki juga sangat-sangat membantu dikala kecemasan. Bagi korang yang rasa produk ini membantu dan ingin memilikinya korang boleh terus menghubungi pihak Kronos Flat No More Tyre Sealant & Inflator bagi mendapatkan prioduk ini pada harga RM49.90 sahaja.


You Might Also Like

0 komen