AIS KRIM HAAGEN DAZS TAMPIL PERUBAHAN BARU

Tuesday, April 10, 2018

AIS KRIM HAAGEN DAZS BERWAJAH BARU

AIS KRIM HAAGEN DAZS TAMPIL PERUBAHAN BARU | Korang penggemar ais krim? Yaaa patik memang sangat gemarkan ais krim dan bila sebut ais krim Haagen-Dazs patik terpaku sekejap kerana ais krim jenis ini adalah ais krim jenis premium dan memang sesuai dengan harganya. Heheheh. Tapi sekali sekala tiada salah sekiranya korang ingin mencubanya. 

AIS KRIM HAAGEN DAZS BERWAJAH BARU

Untuk pengetahuan korang, Haagen-Dazs adalah peneraju jenama antarabangsa, dengan jualan di lebih daripada 850 kedai di lebih daripada 50 buah negara. Dikhaskan untuk mencipta pengalaman pencuci mulut mewah dan memenuhi segala keinginan baru yang luar biasa, Haagen-Dazs mencipta rasa baru yang menarik setiap tahun.

AIS KRIM HAAGEN DAZS BERWAJAH BARU

Tempoh hari patik telah menerima jemputan daripada Haagen-Dazs untuk memperkenalkan wajah baru bagi ais krim ini. Didalam majlis pengenalan ini, pihak Haagen-Dazs bukan sahaja memperkenalkan wajah baru ais krim mereka tetapi mereka telah menjemput beberapa personaliti untuk berkongsikan berkenaan "extraordinary" diri masing-masing. 

AIS KRIM HAAGEN DAZS TAMPIL PERUBAHAN BARU

3 personaliti yang telah dijemput berkongsi cerita mereka adalah Jane Chuck, Social Media Influencer, Jenama pakaian kontemporari RTW AERE yang dimiliki oleh Raja Nadia Sabrina yang merupakan seorang Social Media Influencer dan juga seorang bekas Peguam dan akhir sekali Nur Fazura, Artis bertaraf anatrabangsa dan juga seorang usahawan. 


5 AIS KRIM HAAGEN-DAZS BERWAJAH BARU

Seperti yang orang sedia maklum, jenama Haagen-Dazs mengeluarkan super premium ais krim dimana mereka menggunakan bahan terbaik dan tulen supaya ais krim mereka tampil berbeza dengan ais krim yang sedia ada dipasaran. 

Haagen Dazs Macadamia Nut
Haagen Dazs Macadamia Nut

Haagen Dazs Belgian Chocolate
Haagen Dazs Belgian Chocolate

Haagen Dazs Strawberry
Haagen Dazs Strawberry

Haagen Dazs Matcha Green Tea
Haagen Dazs Matcha Green Tea

Haagen Dazs Vanilla
Haagen Dazs Vanilla
5 rekaan terbaru bagi ais krim Haagen-Dazs adalah Haagen Dazs Macadamia Nut, Haagen Dazs Belgian Chocolate, Haagen Dazs Strawberry, Haagen Dazs Matcha Green Tea dan Haagen Dazs Vanilla

Untuk kesemua rekaan, patik sempat merasa 3 jenis ais krim. Nak makan banyak memang tak mampu sebab memang terlalu kenyang. Secara peribadi, patik yang sangat jarang merasai ais krim ini merasakan ais krim Haagen-Dazs ini adalah ais krim yang memang lain dari yang lain. 
AIS KRIM HAAGEN DAZS TAMPIL PERUBAHAN BARU

Turut hadir pada majlis pengenalan ini adalah Ethan Lim, Pengarah Komersial untuk kawasan Asia Tenggara yang menyatakan, "Kami mendefinisikan semula reka bentuk, pengiklanan dan penawaran pengalaman kami untuk menjadikan 'setiap hari yang luar biasa', berada di barisan hadapan yang mendorong keinginan pelanggan kami."

AIS KRIM HAAGEN DAZS BERWAJAH BARU

Apa pun patik rasakan rekaan terbaru ini sedikit sebanyak memberi suatu impak yang dekat dengan rakyat Malaysia. Siapa sangka ais krim yang tertaraf antarabangsa kini telah disuntik sedikit element Malaysia.

Jadi korang boleh mula dapatkan ais krim Haagen-Dazs tampil perubahan baru yang kini sudah berada dipasaran.


>> WEBSITE | FACEBOOK | INSTAGRAM <<

You Might Also Like

0 komen