MENCARI MAKANAN TRADISI TERENGGANU? JOM KE FOODMARKET SEMPENA TERENGGANU WEEK

Thursday, April 26, 2018

JOM KE FOODMARKET SEMPENA TERENGGANU WEEK

MENCARI MAKANAN TRADISI TERENGGANU? JOM KE FOODMARKET SEMPENA TERENGGANU WEEK | Bila sebut keropok losong, satar ikan, nasi dagang pasti korang mesti teringatkan Negeri Terengganu yang boleh dikatakan syurga makan dunia bila melawat kesana.

Tapi kalau dekat Kuala Lumpur ni dekat mana nak dapat makanan seperti ini dengan mudah yee? Kadang tu kalau patik ke restoran yang menjual menu makanan Terengganu, rasanya tidak seperti yang asli dari Terengganu. 

JOM KE FOODMARKET SEMPENA TERENGGANU WEEK

Tempoh hari patik sempat singgah kesuatu premis yang terletak di Bandar Seri Permaisuri, Cheras dimana disana terdapat sebuat premis yang menjual barangan kampung dan makanan masyhur seluruh Malaysia. Premis yang patik maksudkan adalah FOODMARKET.

JOM KE FOODMARKET SEMPENA TERENGGANU WEEK

Bagi patik FOODMARKET tidak pernah jemu dengan idea kerana apabila korang masuk kedalam premsi ini, korang bagaikan berada disebuah lokasi kedai lama yang menjual pelbagai jenis produk makanan daripada pelbagai vendor dan dekorasi yang memang sangat cantik. 

JOM KE FOODMARKET SEMPENA TERENGGANU WEEK

Terbaru FOODMARKET akan menganjurkan Terengganu Week yang akan berlangsung bermula 25 sehingga 29 April 2018 sekaligus bersempena ambutan Hari Keputeraan KDYMM Sultan Terengganu yang jatuh pada 26 April 2018. Pada minggu itu, FOODMARKET akan didekorasi seperti korang berada di Pasar Payang dengan susun atur yang lebih moden dan hipstur. 


MENARIKNYA TERENGGANU WEEK DI FOODMARKET

JOM KE FOODMARKET SEMPENA TERENGGANU WEEK

Bersempena sambutan Terengganu Week, pelbagai jenis produk makanan dibawakan khas dari Terengganu untuk para penggemar makanan tempatan di Kuala Lumpur. Yang pastinya makanan popular seperti keropok lekor losong, nasi dagang dan satar pasti ada nanti. Jadi korang yang berada di Kuala Lumpur yang merindui makanan Terengganu boleh datang ke acara ini. 

JOM KE FOODMARKET SEMPENA TERENGGANU WEEK

Selain produk makanan popular yang patik sebutkan tadi, korang juga boleh belajar mengenali kuih-muih tradisi yang sukar didapati di kotaraya seperti Tok Aji Serban, Krekoh Puek, Qasidah, Koleh Lemok, Bekang, Kayu Keramat dan macam macam lagi yang akan dijual sepanjang 5 hari tersebut. 

JOM KE FOODMARKET SEMPENA TERENGGANU WEEK

Apa yang patik difahamkan, hampir 100 jenis produk usahawan IKS dan kampung juga akan dijual hasil daripada sokongan Yayasan Pembangunan Usahawan Terengganu (YPU) serta aktiviti seperti demo masakan telah diaturkan. Cabutan bertuah percutian di Terengganu juga dirancang untuk pelanggan yang bertuah. Memang meriah sambuatan Terengganu Week di FOODMARKET untuk kali ni


DIMANA TERENGGANU WEEK BERLANGSUNG?

JOM KE FOODMARKET SEMPENA TERENGGANU WEEK

Bagi korang yang ingin ke Terengganu Week yang sedang berlangsung sehingga 29 April 2018, jom singgah ke FOODMARKET sebab pelbagai aktiviti jualan menarik yang diadakan disana.


Tarikh: 
25 hingga 29 April 2018

Waktu Operasi: 
10 pagi hingga 10 malam

Lokasi : 
Bandar Seri Permaisuri, Cheras
(Berdekatan Q Bistro dan berhadapan Hidaya Mart & 7Eleven)

Waze: 
Foodmarket

Telefon:
019 6664889



>> INSTAGRAM | FACEBOOK | WEBSITE <<


You Might Also Like

0 komen