NASI DAUN PISANG SEDAP BANANABRO DI BERJAYA TIME SQUARE KUALA LUMPUR

Tuesday, April 24, 2018

NASI DAUN PISANG SEDAP BANANABRO DI BERJAYA TIME SQUARE KUALA LUMPUR

NASI DAUN PISANG SEDAP BANANABRO DI BERJAYA TIME SQUARE KUALA LUMPUR | Bila sebut nasi daun pisang, sudah lama rasanya patik tidak rasakan sendiri kenikmatan limpahan kuah kari campur dan pelbagai menu tambahan seperti sotong goreng, ayam goreng dan menu-menu lain. 

Bila tekak sudah meronta-ronta untuk menikmati nasi daun pisang, mulalah kaki menjalar mencari lokasi nasi daun pisang sedap di Kuala Lumpur. Khabarnya dekat pusat membeli belah Berjaya Time Square ada lokasi nasi daun pisang yang sedap dan berpatutan. Jomm kita terjah.

Nasi Daun Pisang Bananabro

BANANABRO yang terletak di dalam pusat membeli belah Berjaya Time Square ini khabarnya baru dibuka pada Mac 2018 yang lalu menjadi pilihan patik untuk merasai nikmat nasi daun pisang disini. 

Nasi Daun Pisang Bananabro

Melangkah masuk ke premis ini, patik suka dengan keadaan persekitaran di restoran ini. Dengan keadaan yang luas dan yang paling patik suka adalah ianya didalam tempat yang berhawa dingin. Hehehe. Orang kata baru seronok sambil kita makan, persekitaran yang sejuk memberikan keselesaan kepada orang yang makan disini. 

Nasi Daun Pisang Bananabro

Oh yaaa untuk pengetahuan korang, menu utama disini adalah nasi daun pisang bersama lauk-lauk lain dan juga Nasi Lemak Istimewa mereka. Kenapa patik kata Nasi Lemak Istimewa mereka istimewa? Kejap lagi patik akan ceritakan disini. 

Selain itu minuman Teh Lawa juga menjadi pilihan orang ramai yang datang kesini apabila mereka menikmati hidangan nasi daun pisang mahupun nasi lemak istimewa. 


MENU PILIHAN DI BANANABRO BERJAYA TIME SQUARE

Seperti yang patik kisahkan diawal perkongsian patik tadi, 3 menu wajib yang patut korang cuba adalah Nasi Daun Pisang, Nasi Lemak Istimewa dan jugaTeh Tarik Lawa patut korang cuba. Nasi daun pisang di Bananabro ini mungkin sama dengan nasi daun pisang diluar sana. Mungkin bagi tekak patik, patik sukakan masakan mereka yang boleh dikatakan cukup rasa dan cukup sifat sebagai nasi daun pisang

Nasi Daun Pisang Bananabro

Sebenarnya patik tidak begitu mahir cara makan nasi daun pisang ini dan ini adalah kali pertama patik telah diberitahu bahasa nasi daun pisang ini adalah suatu tradisi bagi masyarakat india dimana nasi daun pisang ini pada tradisinya adalah menu bagi mereka yang tidak menjamah haiwan dan makanan laut sebagai makanan mereka. 

Kalau korang tengok pada gambaran diatas, menu utama adalah nasi putih atau nasi coklat (brown rice), papedom, sup rasam, yogurt, sayuran goreng, acar timun dan tempura bawang dan uniknya side dish ini boleh korang tambah sehingga korang kenyang. Menu lain seperti kambing, sotong, ayam dan daging adalah menu pilihan korang sekiranya korang inginkan penambahan.

Harga bagi menu nasi daun pisang ini bermula pada harga RM12.90 dan penambahan harga bergantung menu tambahan lain yang korang ambil. 

Nasi Lemak Limited

Nasi Lemak Istimewa ini yang patik katakan tadi. Apa kelainan dia? Korang boleh perhatikan, nasi lemak ini didatangkan sekali dengan acar timun yang sangat menyegarkan. Pelik kan? Tapi jangan risau patik yakin korang pasti akan sukakannya. Tempoh hari patik siap meminta tambah acar ini kerana memang kena dengan tekak dan juga kena dengan nasi lemak apabila korang menikmatinya sekali. 

Untuk harga nasi lemak istimewa tadi, ianya bermula pada harga RM6.90 dan bertambah bergantung dengan menu lain yang korang ambil semasa pesanan. 

Teh Tarik Lawa

Menu terakhir yang sempat patik cuba adalah Teh Tarik Lawa. Kenapa nama dia lawa? Itu patik tidak tahu. Mungkin limpahan buih memberikan suatu keadaan indah untuk teh teh ais seperti ini. Untuk pengetahuan korang, Teh Tarik Lawa ini adalah sama dengan teh ais tetapi limpahan buih itu menjadikan ianya bertukar menjadi Teh Lawa. Hehehe. Apa pun Teh Tarik Lawa ini memang sedap !!

Harga bagi secawan Teh Tarik Lawa ini adalah RM4.90. Kiranya berbaloi ok korang dapat rasa keenakkan teh ais buih ini. 

Nasi Daun Pisang Bananabro

Bila korang pekena menu nasi daun pisang atau nasi lemak istimewa di Bananbro ini, korang boleh lihat daun pisang yang menjadi alas makanan korang dicop dengan jenama restoran ini dan sekaligus menjadikan menu korang sangat indah. Hehehe.

Bagi korang yang menggemari nasi daun pisang dan inginkan suasana yang selesa dan santai, patik boleh cadangkan korang untuk datang kesini dan rasai sendiri pengalaman makan nasi daun pisang, nasi lemak istimewa dan juga teh lawa mereka yang berlokasi seperti berikut:

Banana Bro Times Square
LG-59B, Berjaya Times Square
Jalan Imbi
55100 Kuala Lumpur
Opens daily

Nasi Daun Pisang Bananabro

Bila perut sudah kenyang, masa untuk mengundur diri. Jadi jangan lupa untuk datang ke Restoran Bananabro yang terletak di Berjaya Times Square untuk merasai sendiri kelaian nasi daun pisang sedap di Kuala Lumpur.


>> FACEBOOKINSTAGRAM <<


You Might Also Like

0 komen