SIAPA KATA MENJADI PESAWAH TIDAK BOLEH BERJAYA? PESAWAH KITA HEBAT !

Tuesday, April 03, 2018

SIAPA KATA MENJADI PESAWAH TIDAK BOLEH BERJAYA

SIAPA KATA MENJADI PESAWAH TIDAK BOLEH BERJAYA? PESAWAH KITA HEBAT ! | Bila sebut makanan ruji bagi orang Malaysia, kita tidak akan lari dengan perkataan BERAS dan beras datangnya daripada PADI. Patik sangat hormat dengan pesawah yang tugasnya adalah membekalkan makanan ruji ini pada seluruh rakyat Malaysia.

SIAPA KATA MENJADI PESAWAH TIDAK BOLEH BERJAYA

Untuk pengetahaun korang, Malaysia juga adalah pengeluar tanaman padi terbesar dunia dan Negeri Kedah adalah penyumbang utama dalam pengeluaran padi di Malaysia sehinggakan Negeri Kedah dipanggil sebagai Negeri Jelapang Padi.

Patik sebagai anak jati Selangor yang pernah belajar di UiTM Arau suatu masa dahulu sangat teruja setiap kali bila musim padi menguning kerana pada masa itu suasana sawah menjadi sangat cantik seakan-akan selonggok emas yang sangat berharga. Tapi adakah kita berbangga dengan apa yang kita miliki?

SIAPA KATA MENJADI PESAWAH TIDAK BOLEH BERJAYA

Tempoh hari patik berkesempatan bercuti sebentar ke Negeri Jelapang Padi ini dengan tujuan melihat peninggalan yang telah patik tingglkan selama lebih kurang 12 tahun dahulu. Memang banyak perubahan weeh. Tapi semasa kedatangan patik, musim menuai telah berlangsung dan tiada lagi kelihatan padi menguning pada masa tu.

SIAPA KATA MENJADI PESAWAH TIDAK BOLEH BERJAYA

Terdetik didalam hati patik bagaimana kehidupan pesawah sekarang berbanding dahulu. Apa yang mereka alami semasa dahulu? Bagaimana mereka menempuh keadaan pada zaman dahulu? Semua itu dapat patik uraikan apabila patik bertemu dengan seorang pengusaha tanaman padi iaitu Pakcik Salleh Harun yang sekarang ini menjadi ketua pesawah Kampung Tok Pulau Padahang yang terletak di Jitra.

SIAPA KATA MENJADI PESAWAH TIDAK BOLEH BERJAYA

Teruja rasanya bila beliau bercerita bagaimana beliau bermula menjadi pesawah, bagaimana beliau menghadapi masalah kewangan dan tiada siapa yang datang membantu. Begitu sukar keadaan pada masa itu.


KEADAAN PESAWAH DAHULU DAN SEKARANG

SIAPA KATA MENJADI PESAWAH TIDAK BOLEH BERJAYA

Berbalik kepada pertemuan patik tadi bersama Pakcik Salleh Harun, beliau banyak berkongsi bagaimana rasanya menjadi pesawah yang mereka terdedah kepada kesusahan, keadaan yang kotor semasa melakukan aktiviti membajak sehinggalah menuai padi yang boleh dikatakan mereka lakukan secara manual.

Selain itu, Pakcik Salleh juga berkata, pada masa itu keadaan memang memaksa untuk kuat bekerja sehinggakan pada suatu masa mereka terpaksa berhutang untuk membeli barang dan apabila mendapat hasil tuaian barulah mereka dapat membayar semula hutang yang diberikan.


SIAPA KATA MENJADI PESAWAH TIDAK BOLEH BERJAYA

Tahun berganti tahun, banyak yang telah berubah termasuklah teknologi penanaman sehinggalah proses menuai tanaman padi dan sekaligus ekonomi para pesawah ini semakin stabil. Melihat kediaman Pakcik Salleh saja telah menunjukkan kehidupan beliau alhamdulllah semakin stabil. Ini semua berkat beliau sebagai pesawah yang aktif.


KEHIDUPAN PESAWAH SEKARANG LEBIH SEMPURNA

SIAPA KATA MENJADI PESAWAH TIDAK BOLEH BERJAYA

Melihat kehidupan pesawah sekarang menjadikan patik telah bertukar persepsi yang mana pesawah sekarang sudah berjaya dan mereka lebih sempurna berbanding mereka yang tidak aktif dalam aktiviti sawah. 

Didalam perkongsikan lagi, anak muda sekarang tidak gemarkan aktiviti tanaman sawah disebabkan keadaan yang kotor dan bekerja dikawasan yang panas dan mereka seharusnya sedar bahawa mereka membesar dengan hasil tuaian padi ini.

SIAPA KATA MENJADI PESAWAH TIDAK BOLEH BERJAYA

Kalau dahulu peswah menghadapi masalah dalam membeli benih padi, racun, baja dan sebagainya yang boleh patik katakan sekiranya ada duit, barulah mereka boleh menanam padi. Jadi bayangkan bagi mereka yang agak terdesak, apa yang perlu mereka lakukan?
Apa yang patik diberitahu, pihak kerajaan telah banyak memberi bantuan dari segi bantuan subsidi benih padi, racun dah juga baja supaya penghasilan padi yang berkualiti akan terhasil dengan kewujudan MADA (Lembaga Kemajuan Pertaniah Muda). Kiranya MADA menjadi orang tengah yang banyak membantu pesawah dalam menghasilkan padi yang baik. 

Untuk pengetahuan korang, MADA adalah merupakan satu badan berkanun Kerajaan Persekutuan dibawah Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani. MADA bertanggungjawab untuk meningkatkan dan melebihkan hasil dan mensejahterakan penduduk desa dengan aktiviti pertanian. 

Penubuhan MADA Pada tahun 1970 yang telah dirasmikan oleh Haji Tun Abdul Razak bin Dato' Haji Hussein, Perdana Menteri Malaysia Kedua dan legasi ini telah diteruskan oleh anak beliau iaitu YAB Dato’ Sri Mohd Najib Bin Haji Tun Abdul Razak, Perdana Menteri Malaysia keenam. MADA menjadi antara penyumbang sebanyak 40 peratus hasil padi kepada negara.    


BANTUAN KHAS KEPADA PESAWAH MEMBERI IMPAK BESAR

SIAPA KATA MENJADI PESAWAH TIDAK BOLEH BERJAYA

Bila musim menuai telah tiba, pesawah akan menghadapi masalah dari segi kewangan dimana pada waktu senggang selepas penuaian, tanah perlu direhatkan sebelum penanaman benih baru dilakukan. Untuk menunggu hasil tuaian seterusnya pesawah agak memerlukan kewangan lain. 

SIAPA KATA MENJADI PESAWAH TIDAK BOLEH BERJAYA

Mujurlah Dato’ Sri Mohd Najib Razak telah mengumumkan bantuan RM200 sebulan bagi tempoh 3 bulan sementara menunggu hasil tuaian padi untuk sesi tanaman seterusnya. Walaupun tidak banyak mana, pemberian bantuan khas sebanyak RM600 itu diberi secara 'one-off' sedikit sebanyak dapatlah membantu buat tambah-tambah barang dapur sementara menunggu jualan padi seterusnya. 

SIAPA KATA MENJADI PESAWAH TIDAK BOLEH BERJAYA

Sebenarnya sepanjang patik berjumpa dan bersembang dengan beberapa pengusaha tanaman padi, patik nampak usaha mereka selama ini memang menampakkan hasil. Kawasan relung padi yang luas terbentang semua ini akan menjadi hasil yang besar bila musim menuai padi tiba.

SIAPA KATA MENJADI PESAWAH TIDAK BOLEH BERJAYA

Secara keseluruhan apa yang boleh patik simpulkan disini adalah, bantuan dari segi subsiti benih padi, baha, racun dan sebagainya daripada pihak kerajaan melalui MADA banyak membantu pengusaha tanaman padi menjadi pesawah yang baik dan sekaligus menjadikan kehidupan pengusaha ini lebih sempurna.

SIAPA KATA MENJADI PESAWAH TIDAK BOLEH BERJAYA

Sejujurnya patik yang jenis makan nasi ini sangat-sangat menghargai pengorbanan pesawah yang banyak menyumbang dalam memberikan hasil tani yang terbaik untuk semua rakyat Malaysia. Bagi pihak rakyat Malsysia, patik dedikasikan penulisan patik ini khas buat kalian. Jasamu akan kami kenang.

Terima kasih warga pesawah negara !!



You Might Also Like

0 komen