BUFFET RAMADHAN 2018: BERBUKA PUASA DI LAKE CEMPAKA VILLA BANGI BY FELDA D'SAJI

Tuesday, May 22, 2018

LOKASI BERBUKA PUASA DI LAKE CEMPAKA VILLA BANGI

BUFFET RAMADHAN 2018: BERBUKA PUASA DI LAKE CEMPAKA VILLA BANGI BY FELDA D'SAJI | Mencari lokasi berbuka di sekitar Bandar Baru Bangi? Sebenarnya soalan yang paling susah bila orang luar dari Bandar Baru Bangi bertanya patik dimana makanan sedap untuk berbuka puasa?  

LOKASI BERBUKA PUASA DI LAKE CEMPAKA VILLA BANGI

Tempoh hari patik berpeluang berbuka puasa bersama rakan-rakan di Lake Cempaka Villa Bangi By Felda D'Saji ini berlokasi  betul-betul di Tasik Cempaka Bandar Baru Bangi. Bagi korang yang tinggal di sekitar Bangi ini, korang pasti tahu dimana lokasi Tasik Cempaka ini dan Lake Cempaka Villa Bangi ini memang betul-betul dekat tasik tu haaa. 

LOKASI BERBUKA PUASA DI LAKE CEMPAKA VILLA BANGI

Berkonsepkan menu masakan melayu asli dan terdapat juga menu BBQ untuk korang nikmati pada harga yang bagi patik sangat berbaloi iaitu RM58nett untuk dewasa dan RM33nett untuk kanak-kanak

MENU PILIHAN DI LAKE CEMPAKA VILLA BANGI BY FELDA D'SAJI

Seperti yang patik ceritakan pada awal tadi, menu mereka adalah berkonsepkan menu masakan melayu dan ditambah dengan menu barat dan juga BBQ. Sebenarnya, tekak patik kali ni teringin nak makan pasta, spaghetti dan sebagainya yang kearah barat. Hehehe. Kiranya impian patik nak makans semua tu akan tertunai disini. hehehe. 

LOKASI BERBUKA PUASA DI LAKE CEMPAKA VILLA BANGI

Sebenarnya menu yang dihidangkan disini boleh patik anggarkan lebihi kurang 100 menu yang ditawarkan disini termasuklah manisan dan pencuci mulut dimana menu ini akan berubah setiap hari mengikut pilihan pengunjung. 

LOKASI BERBUKA PUASA DI LAKE CEMPAKA VILLA BANGI
LOKASI BERBUKA PUASA DI LAKE CEMPAKA VILLA BANGI

Korang sebut jeee menu melayu apa yang korang nak makan? Patik sempat beberapa menu yang bagi patik memang tidak dapat dinafikan rasanya seperti Masak Lemak Cili Api Ayam, Asam Pedas, Laksa Johor, Mee Goreng dan banyak menu yang kalau korang tengok meja patik mesti rasa terkejut sebab memang penuh laaa 1 meja tu haa. hehehe. 

LOKASI BERBUKA PUASA DI LAKE CEMPAKA VILLA BANGI

Selain itu, mereka juga mempunyai kepakaran dalam menyajikan menu Thailand seperti Khai Mok Khai yang khabarnya menu menu asli dari Thailand. Menu yang terdapat didalamnya seperti nasi kuning, ayam goreng berempah, ulaman salad dan sos yang menaikkan rasa iaitu sos thai.

LOKASI BERBUKA PUASA DI LAKE CEMPAKA VILLA BANGI

Bagi korang penggemar kambing, disini mereka menyediakan kambing panggang dan juga sup tulang kambing yang tengok pun sudah menyelerakan. Hehehe. 

LOKASI BERBUKA PUASA DI LAKE CEMPAKA VILLA BANGI
LOKASI BERBUKA PUASA DI LAKE CEMPAKA VILLA BANGI
LOKASI BERBUKA PUASA DI LAKE CEMPAKA VILLA BANGI

Ruang makanan barat dan BBQ juga disediakan untuk korang. Yaaa ruangan ini menjadi pilihan patik kerana dekat sini terdapat pelbagai jenis BBQ dan juga pasta dan spaghetti dengan pilihan kuah bolognese dan juga carbonara yang sangat menyelerakan. 

LOKASI BERBUKA PUASA DI LAKE CEMPAKA VILLA BANGI
LOKASI BERBUKA PUASA DI LAKE CEMPAKA VILLA BANGI
LOKASI BERBUKA PUASA DI LAKE CEMPAKA VILLA BANGI

Ini adalah antara menu yang patik ambil sebagai pembukaan berbuka tempoh hari. Yang diluar frame gambar ini mesih ada lagi menu lain yang rakan patik ambil untuk dikongsi bersama. Yang penting menu barat dan BBQ yang patik mengidap tu patik sudah dapat. Alhamdulillah lega rasanya. 

LOKASI BERBUKA PUASA DI LAKE CEMPAKA VILLA BANGI

Secara keseluruhan, dengan RM58nett untuk dewasa ini bagi patik agak berbaloi untuk korang yang mencari lokasi berbuka puasa yang herganya dibawah RM100 sekitar Bangi, Kajang dan Putrajaya ni haaa.

Pilihan menu yang bagi patik agak menyeluruh termasuklah menu melayu dan juga barat memberi pilihan kepada orang ramai untuk membuat pilihan semasa berbuka nanti. Patik suka dengan menu yang ditawarkan disini. 

LOKASI BERBUKA PUASA DI LAKE CEMPAKA VILLA BANGI

Bagi korang yang bercadang untuk berbuka puasa diluar bersama keluarga atau kawan-kawan dan mencari kawasan disekitar Bandar Baru Bangi, Kajang, Putrajaya dan sekitarnya, jemputlah untuk datang ke Lake Cempaka Villa Bangi ini dan rasai sendiri menu berbuka puasa disini. 


LAKE CEMPAKA VILLA BANGI BY FELDA D'SAJI
Seksyen 9, 43650 Bandar Baru Bangi,
Selangor Darul Ehsan

Telefon:
010-421 7147


>> WEBSITEFACEBOOK | INSTAGRAM <<

You Might Also Like

0 komen