MAKEUP CHALLENGE ANJURAN DR.IRMA KOLABORASI BERSAMA JURUSOLEK TERKENAL AIZAT ABDUL RAZAK

Sunday, May 06, 2018

MAKEUP CHALLENGE ANJURAN DR.IRMA

MAKEUP CHALLENGE ANJURAN DR.IRMA KOLABORASI BERSAMA JURUSOLEK TERKENAL AIZAT ABDUL RAZAK | Siapa sangka daripada seorang doktor gigi akhirnya beliau telah mengeluarkan produk kosmetik dan kecantikan wajah yang diberi nama DR. IRMA.

Dr. Irma Shida Abu Samah, pengasas jenama DR. IRMA telah telah berjaya menganjurkan sebuah program yang menghimpukan seramai 22 orang juru solek seluruh Malaysia dibawah program dipanggil DR.IRMA MAKEUP CHALLENGE yang telah berlangsung di Setor Gombak

MAKEUP CHALLENGE ANJURAN DR.IRMA

Menariknya pertandingan kali ini adalah ianya dijuri oleh jurusolek oleh terkenal iaitu Aizat Abdul Razak. Sebenarnya patik salah seorang penggemar hasil kerja beliau dan kadang kala kalau beliau membuat siaran langsung di Facebook, patik akan melihat sekiranya berkesempatan. 

Patik sempat hadir untuk melihat kemeriahan pertandingan yang berlangsung disana. Sebenarnya patik ni suka melihat hasil kerja jurusolek. Mana tidaknya kan, daripada seorang yang berwajah polos, ianya bertukar menjadi seseorang yang berlainan dan cantik. Itu yang membuatkan patik makin teruja untuk melihat perjalanan pertandingan ini.

MAKEUP CHALLENGE ANJURAN DR.IRMA

Cabaran telah diberikan kepada semua jurusolek dimana mereka dikehendaki menggunakan 3 produk daripada DR. IRMA didalam mendandan model masing-masing iaitu BB Serum Foundation, Beauty Balm dan Crystal Essence sebagai produk utama pertandingan ini.  

Untuk makluman korang, produk DR. IRMA ini sebenarnya mempunyai banyak rangkaian produk selain yang patik ceritakan diatas seperti Vitamin C Serum, Papaya Soup dan banyak lagi. 

Lebih menarik lagi, produk DR. IRMA ini menggunakan campuran ekstrak kemenyan  didalam penghasilan produk ini dimana kemenyan dipercayai boleh menaikan seri wajah dan DR. IRMA adalah produk pertama di Malaysia menggunakan resepi unik ini. 

MAKEUP CHALLENGE ANJURAN DR.IRMA

Selama 1 jam diberikan kepada 22 orang jurusolek ini untuk mengeskpresikan solekan yang bertemakan "GLAM" terhadap model masing-masing. Sambil-sambil jurusolek ini menyiapkan model masing-masing, beberapa selebriti dibawah label DR. IRMA ENTERTAINMENT turut menghiburkan pengunjung yang datang seperti Ferhad, Ash Hafiz dan Ray Asri.

MAKEUP CHALLENGE ANJURAN DR.IRMA

Apa pun tahniah kepada Dr. Irma Shida Abu Samah diatas penganjuran DR.IRMA MAKEUP CHALLENGE ini. Semoga dengan penganjuran seperti ini sedikit sebanyak menaikkan nama produk DR. IRMA dan menaikkan martabat rakan-rakan jurusolek di Malaysia.

Bagi korang yang ingin lebih lanjut informasi berkenaan produk DR. IRMA ini, korang boleh dapatkan indormasi seperti berikut:

DR. IRMA SKINCARE & COSMETIC
L1-10, Galleria @ KOtaraya
Jalan Trus
80000 Johor Bharu
Johor Darul Takzim


>> WEBSITE | FACEBOOK | INSTAGRAM <<

You Might Also Like

0 komen