MANISAN COKLAT & BAKLAVA DARI LAVAND & DAY DREAMERS CAFE UNTUK HADIAH UNTUK TERSAYANG

Thursday, May 03, 2018

COKLAT & BAKLAVA DARI LAVAND & DAY DREAMERS CAFE

MANISAN COKLAT & BAKLAVA DARI LAVAND & DAY DREAMERS CAFE UNTUK HADIAH TERSAYANG | Di Malaysia kita sudah pasti dibanjiri dengan manisan atau dipanggil sebagai pemanis mulut atau pencuci mulut dengan pelbagai jenis kuih tradisional melayu kita. Bila menjengah ke negara timur tengah, patik teringat sejenis manisan yang dipanggil Baklava.

Untuk makluman korang, baklava adalah sejenis makanan ringan di kawasan Turki dan daerah-daerah tempat bekas kekuasaan Kerajaan Othmaniah. Makanan ini terdiri dari campuran pelbagai  kacang walnut atau pistache yang dicincang dan diberi pemanis (gula atau madu) dan dibungkus adonan roti tipis.

Kalau dekat Malaysia ni, patik rasa agak susah untuk kita rasa kenikmatan rasa Baklava cara Malaysia. Cari punya carik, patik dapat tahu bahawa terdapat sebuah cafe yang menjual Baklava cara Malaysia yang terletak di Bukit Damansara iaitu Lavand & Day Dreamers Cafe.

Perjalanan patik dari Bangi ke Bukit Damansara ini memakan masa lebih kurang 30 minit dengan menggunakan bantuan aplikasi Waze dengan hanya mencari "Lavand & Day Dreamers Cafe". Patik sudah teruja untuk menikmati segala jenis Baklava yang ada disana. 


 PASTRI, COKLAT & BAKLAVA

COKLAT & BAKLAVA DARI LAVAND & DAY DREAMERS CAFE

Setiba di Lavand & Day Dreamers Cafe, patik disambut oleh staf dan para chef yang menyediakan segala jenis manisan disini. Untuk pengetahuan korang, Lavand & Day Dreamers Cafe bukan sahaja menyediakan Baklava yang enak, tetapi mereka juga menyediakan pelbagai jenis coklat dan pastri malah mereka juga begitu arif tentang pelbagai jenis coklat. 

COKLAT & BAKLAVA DARI LAVAND & DAY DREAMERS CAFE

Beef & Chicken Pie serta Cheese Pie ini adalah antara menu yang menjadi signature pada cafe ini. Ya Allah memang sedap ok ketiga-tiga pastri yang mereka sajikan. Oh yaaa lupa patik nak kongsikan. Pastri yang mereka sajikan adalah segar daridapur mereka. Jadinya mereka akan menyediakan pastri ini pada setiap hari.

Seperti yang patik kongsikan pada awal penulisan tadi, Lavand & Day Dreamers Cafe memang hebat dalam penyediaan pelbagai jenis baklava dan juga coklat di Malaysia. Apa yang patik lihat, pelbagai jenis baklava dalam pelbagai jenis bentuk. Yang penting kesemuanya sangat menarik dan sedap dimakan. Heheheh

COKLAT & BAKLAVA DARI LAVAND & DAY DREAMERS CAFE
COKLAT & BAKLAVA DARI LAVAND & DAY DREAMERS CAFE
COKLAT & BAKLAVA DARI LAVAND & DAY DREAMERS CAFE
COKLAT & BAKLAVA DARI LAVAND & DAY DREAMERS CAFE

Nampak kan pelbagai jenis baklava yang dibuat didalam pelbagai bentuk ini. Sebenarnya patik pernah makan baklava yang asli dibawa dari negara arab. Tapi mungkin disebabkan rasanya yang terlalu manis membuatkan patik telah lama tidak menjamahnya dan hanya di Lavand Sweets, patik telah menjamahnya semula dan yaaaa rasanya tidaklah semanis yang pernah patik jamah dulu. 

Selain Baklava yang begitu signature kepada Lavand & Day Dreamers Cafe, mereka juga hebat dalam penyediaan pelbagai jenis coklat. Sebelum menjamah manisan disini, patik telah diterangkan dengan beberapa infomasi mengenai ketulenan coklat berbanding yang ada dipasaran. 

COKLAT & BAKLAVA DARI LAVAND & DAY DREAMERS CAFE
COKLAT & BAKLAVA DARI LAVAND & DAY DREAMERS CAFE
COKLAT & BAKLAVA DARI LAVAND & DAY DREAMERS CAFE
COKLAT & BAKLAVA DARI LAVAND & DAY DREAMERS CAFE

Menariknya disini, setiap pelanggan akan dijamu dengan secawan coklat yang tulen sebagai welcoming drink untuk cafe ini. Korang boleh memilih peratusan coklat untuk korang nikmati. Patik telah memilih 65% coklat dimana peratusan coklat adalah 65% dan selebihnya campuran air & susu supaya menjadi 100%

Selain itu coklat yang dihasilkan adalah pelbagai seperti kurma bersalut coklat dan juga kepingan cioklat bersama kekacang yang patik rasa, patik sudah mula gemarkan coklat yang asli dibuat di Lavand & Day Dreamers Cafe ini. 


BAGAIMANA BAKLAVA DIHASILKAN


COKLAT & BAKLAVA DARI LAVAND & DAY DREAMERS CAFE

Semasa lawatan patik kesini, patik dan rakan lain telah dibawa masuk kedalam dapur penyediaan baklava di Lavand & Day Dreamers Cafe ini. Barulah patik tahu bagaimana baklava ini terhasil bermula daripada dohnya yang digelek sehingga nipis dan akhirnya terhasillah pelbagai jenis bantuk baklava. 

COKLAT & BAKLAVA DARI LAVAND & DAY DREAMERS CAFE

Usai semua aktiviti di Lavand & Day Dreamers Cafe ini, tibalah masanya untuk patik sendiri merasai bagaimana rasanya coklat dan baklava yang dihasilkan di Malaysia secara lansung dari dapur mereka. 

COKLAT & BAKLAVA DARI LAVAND & DAY DREAMERS CAFE


HAMPER UNTUK PEMBERIAN HADIAH

Untuk makluman korang, Lavand & Day Dreamers Cafe ini juga menyediakn sebarang tempahan hamper untuk majlis-majlis dan juga diberikan hadiah kepada sesiapa sahaja. Korang boleh memilih isi kandungannya termasuklah pelbagai jenis baklava dan juga pelbagai jenis coklat yang asli.

COKLAT & BAKLAVA DARI LAVAND & DAY DREAMERS CAFE

Bermacam-macam bentukl hamper pemberian yang boleh korang tempah disini. Oh yaa bagi korang yang teringin untuk membuat tempahan hamper sempena kedatangan Bulan Ramadan, mereka telah memberi DISKAUN sebanyak 10% dengan menggunakan kata laluan : LAVANDEVENT2018 bagi setiap tempahan sebelum 15 Mei 2018.

COKLAT & BAKLAVA DARI LAVAND & DAY DREAMERS CAFE

Patik sendiri teruja melihat pelbagai jenis bentuk hamper yang boleh mereka sedikan untuk memenuhi permintaan pelanggan yang inginkan kelainan untuk pemberian hadiah kepada orang sekeliling. 

COKLAT & BAKLAVA DARI LAVAND & DAY DREAMERS CAFE

Patik sempat menempah hamper yang simple untuk diberikan kepada rakan baik patik. Orang kata untuk memberi hadiah kepada orang lain, berikanlah dengan pemberian yang baik-baik sahaja. Jadi patik menempah hamper berbentuk beg yang diperbuat daripada guni. Memang cantik dan sesuai untuk diberikan sebagai hadiah.Hahahhaa

COKLAT & BAKLAVA DARI LAVAND & DAY DREAMERS CAFE

Apa pun terima kasih kepada Lavand & Day Dreamers Cafe kerana menerima kehadiran kami yang mengganggu gugat kejiranan dikiri dan kanan premis mereka ini. 

Bagi korang yang ingin merasai menu baklava, pastri dan coklat, korang boleh terus ke alamat berikut:

Lavand & Day Dreamers Cafe
No. 46, Medan Setia 2
Plaza Damansara
Buit Damansara
40490 Kuala Lumpur

Telefon: 
03-2095 5154
012-3181922


>> WEBSITE | FACEBOOK | INSTAGRAM <<

You Might Also Like

0 komen