MENU BERBUKA PUASA 2018 DI AMBASSADOR PUTRAJAYA

Saturday, May 12, 2018

BERBUKA PUASA 2018 DI AMBASSADOR PUTRAJAYA

MENU BERBUKA PUASA 2018 DI AMBASSADOR PUTRAJAYA | Bulan puasa tahun 2018 akan menjelma tidak berapa hari lagi dan patik yakin korang juga tidak sabar untuk menanti kedatangan bulan mulia ini. 

Bila bercakap pasal bulan puasa, patik yakin juga korang akan mencari-cari lokasi untuk berbuka puasa bersama keluarga mahupun dengan rakan-rakan pada bulan puasa nanti. Dengan ini patik ingin mencadangkan lokasi berbuka puasa yang mungkin korang tercari-cari disekitar Putrajaya, Kajang, Bangi dan kawasan sekitar.

BERBUKA PUASA 2018 DI AMBASSADOR PUTRAJAYA

Ambassador Putrajaya adalah sebuah event space yang terletak di Presint Diplomatik Putrajaya (Presint 15) akan mengadakan Buffet Ramadhan berkonsepkan menu Warisan Bonda. Kalau korang pernah terbaca entri patik berkenaan Ambassador Putrajaya [DISINI], korang mesti terpukau dengan keindahan dewan ini yang sangat indah.

KEMUDAHAN YANG DISEDIAKAN DI AMBASSADOR PUTRAJAYA

Ruang yang berhawa dingin dan ruang makan yang selesa ini patik yakin akan membuatkan korang lepak dengan lebih lama sambil bersembang dan pekena secawan air panas semestinya memberi pengalaman yang berbaloi berbuka puasa nanti disini.

BERBUKA PUASA 2018 DI AMBASSADOR PUTRAJAYA

Selain menyediakan menu yang sedap, di Ambassador Putrajaya ini juga menyediakan kemudahan lain seperti ruang surau yang luas, tandas yang bersih, kawalan trafik daripada Pegawai Rela, laluan untuk golongan kurang upaya dan parking yang bagi patik sangat banyak untuk korang meletakkan kenderaan korang.

MENU YANG DITAWARKAN DI AMBASSADOR PUTRAJAYA 

Seperti yang patik bertahu diawal perkongsian tadi, menu mereka disini berkonsepkan Warisan Bonda dimana rata-rata menu mereka semua adalah menu kampung warisan dan penyediaannya memang cukup rasa. Orang kata korang yang makan dekat sini mesti rasa bagai makan dirumah. 

BERBUKA PUASA 2018 DI AMBASSADOR PUTRAJAYA

Antara menu yang menarik perhatian patik adalah kambing panggang. Sebenarnya patik ni jenis yang kurang pada daging kambing. Tapi disini kambing mereka unik kerana kambing mereka diperap dengan perisa lemon dan mungkin perapan yang betul menjadikan bau hamis kambing tidak menyerlah dan patik siap makan dengan rakus sekali. 

BERBUKA PUASA 2018 DI AMBASSADOR PUTRAJAYA

Selain itu menu panggang lain seperti ayam, udang sotong dan makanan laut lain yang diperap dan digororeng juga agak menyelerakan. 

BERBUKA PUASA 2018 DI AMBASSADOR PUTRAJAYA

Selain itu menu masakan panas juga turut disediakan dibahagian luar dewan seperti char kuew tiaw, pelbagai jenis cucur seperti cucur udang, cucur jagung, cucur bilis dan cucur udang. Tetiba patik teringat cucur bilis dan pencicah sos mereka bila menulis ni haaa. Hehehe. 

BERBUKA PUASA 2018 DI AMBASSADOR PUTRAJAYA

Bila menjengah diruangan tengah dewan Ambassador Putrajaya pula, korang akan dihidangkan dengan pelbagai menu seperti pelbagai jenis sambal (sambal belacan, budu, cencalok, sambal gesek dan pelbagai jenis sambal), gulai kawah, masak lemak cili api, laksa, pelbagai jenis mee yang sudah pasti mengudang rambang mata korang yang memilih nanti. 

BERBUKA PUASA 2018 DI AMBASSADOR PUTRAJAYA
BERBUKA PUASA 2018 DI AMBASSADOR PUTRAJAYA
BERBUKA PUASA 2018 DI AMBASSADOR PUTRAJAYA

Bahagian yang paling suka adalah bahagian kuih muih dan pencuci mulut. Ya Allah banyak sungguh pilihan kuih muih dan pencuci mulut seperti kuih seri muka, kuih cara berlauk dan banyak lagi. Itu belum masuk bahagian buah-buahan lain. Memang kekenyangan laa korang nanti. 

BERBUKA PUASA 2018 DI AMBASSADOR PUTRAJAYA
BERBUKA PUASA 2018 DI AMBASSADOR PUTRAJAYA

Kalau patik nak senaraikan satu persatu menu yang dihidangkan disini sudah pasti akan berjela panjang entri ini. Lebih daripada 60 jenis menu yang disediakan disini dan menu yang disediakan disini akan diulang pusing supaya korang yang datang tidak dihidangkan dengan menu yang sama sentiasa. 

Apa yang patik boleh katakan menu mereka ini mencukup dengan apa yang korang bayar. Kiranya berbaloi dengan harga yang diberikan.

BERBUKA PUASA 2018 DI AMBASSADOR PUTRAJAYA

Bagi korang yang bercadang-cadang untuk berbuka puasa dan mencari lokasi berbuka puasa mana disekitar Putrajaya, patik cadangkan korang untuk datang ke Ambassador Putrajaya. Buffet Ramadhan ini akan memulakan operasinya pada 18 Mei 2018 nanti. Harga yang ditawarkan adalah RM68 untuk dewasa dan RM38 untuk kanak-kanak.

Korang boleh dapatkan segala informasi Ambassador Putrajaya ini bolehlah berkunjung terus ke sana atau boleh dapatkan informasi lain seperti berikut:

Ambassador Putrajaya
Hanana Group Sdn Bhd,
92, Jalan Perak, Persiaran Diplomatik,
Persint 15, 62050 Putrajaya

Telefon:
Farah : 016 - 6700 457
Hanis : 016 - 6700 752
Rezza : 016 - 6700 473
Liana : 016 - 4318 434


>> WEBSITEFACEBOOK | INSTAGRAM <<


You Might Also Like

0 komen