PELIHARA KAKI ANDA DENGAN SUNFEET MALAYSIA

Sunday, May 20, 2018


PELIHARA KAKI ANDA DENGAN SUNFEET MALAYSIA | Patik nak tanyalah sejauh mana korang tahu tentang kesihatan atau keadaan kaki korang? Selalunya orang lebih pentingkan kesihatan kulit wajah, kesihatan badan, kesihatan rambut dan bukan kesihatan kaki. Begitu juga patik. Patik sendiri tidak ambil peduli dengan kesihatan kaki. Yang patik tahu kalau kaki sakit, kita cari tukang urut dan sebagainya.

Tahukah korang, kesihatan kaki sangat penting yang perlu kiyta semua jaga sedari kecil lagi. Rupanya struktur kejadian pada tapak kaki juga memainkan peranan penting sebagai keseimbangan kita. Ya Allah, sungguh patik tidak pernah ambil peduli dengan semua tu. 

PELIHARA KAKI ANDA DENGAN SUNFEET MALAYSIA

Baru-baru ini patik telah datang sendiri ke Sunfeet International Rehab Centre yang terletak di Petaling Jaya untuk mendengar satu perkongsian berkenaan kesihatan kaki. Perkongsian ini telah disampaikan oleh Dato Dr. Edmund Lee, Pakar Ortotik dan Protestik dan juga Dr. Liyana Dhamirah Amiruddin, seorang doktor perubatan dan juga doktor selebriti yang muncul dalam rancangan My Doctor.

PELIHARA KAKI ANDA DENGAN SUNFEET MALAYSIA

Sepanjang perkongsian ini barulah patik tahu sedikit sebanyak tentang kepentingan kesihatan kaki untuk tubuh badan seseorang. Tahukah anda bahawa tapak kaki yang rata merupakan satu jenis penyakit dan bahaya untuk kesihatan kita? Ya, patik rasa pasti ramai yang tidak tahu tentang "penyakit" ini.

Secara lahiriah, tapak kaki kita mempunyai ruang yang melengkung pada bahagian tepi dan sekiranya beban badan yang lebih lama-kelamaan bahagian melengkung itu akan menjadi rata disebabkan beban yang diberikan terhadap tapak kaki untuk kesimbangan badan. 

Faktor lain yang boleh menjadikan tapak kaki rata adalah menggunakan kasut yang tidak sesuai. Dipasaran terlalu banyak kasut yang cantik dan kadangkala ianya terlupa memberi suntikan kesihatan terhadap rekaan sesebuah kasut lebih-lebih lagi kasut yang bertumut tinggi, Haaaa nampak seram bukan? Tapi itu adalah faktor penyumbang kepada masalah kaki anda. 

PELIHARA KAKI ANDA DENGAN SUNFEET MALAYSIA

Selepas mendengar penerangan daripada Doktor, mereka menyarankan menggunakan insole atau tapak kasut yang sesuai dengan tapak kaki kita sekaligus akan membantu menampung bahagian lengkungan pada tapak kaki yang patik sebutkan diawal penulisan tadi.

Disini, mereka memang pakai menghasilkan insole mengikut ukuran dan lengkungan tapak kaki korang. Dipasaran memang terjual insole untuk sokongan didalam kasut. Tetapi MUNGKIN insole yang dijual diluar sana tidak mengikut keadaan kaki korang dan masalah tapak kaki juga tidak akan dapat diselesaikan. 

PELIHARA KAKI ANDA DENGAN SUNFEET MALAYSIA

Sebelum kita tahu keadaan tapak kaki kita, sebuah mesin menganalisa disediakan untuk pengunjung menyemak keadaan tapi kaki. 

PELIHARA KAKI ANDA DENGAN SUNFEET MALAYSIA

Patik sempat mencuba dan menganalisa keadaan tapak kaki patik dan mengikut analisa yang diberikan, tapak kaki sebelah kiri patik mengalami sedikit rata dan selepas pemeriksaan barulah patik merasai keadaan ketidakstabilan antara tapak kaki kiri dan kanan.

PELIHARA KAKI ANDA DENGAN SUNFEET MALAYSIA

Kalau korang lihat gambar diatas ni haa, kelihatan tapak kaki patik yang sebelah kiri agak rata dibahagian tepi berbanding tapak kaki disebelah kanan. Jadi secara keseluruhan tapak kaki kedua-dua belah adalah tidak seimbang dan insole yang sesuai diperlukan untuk membantu membentuk lengkungan pada tapak kaki sebelah kiri.

Rasa alhamdulillah sangat patik dapat turut serta didalam majlis perkongsian ini. Kalau tidak sampai kiamat laa patik tidak pernah tahu tentang keadaan tapak kaki patik ini. 

PELIHARA KAKI ANDA DENGAN SUNFEET MALAYSIA

Di Sunfeet Malaysia - International Rehab Centre juga mereka menjual kasut-kasut yang cantik dan yang pasti ianya mempunyai sokongan tapak kaki yang terbaik. Jadinya setiap kasut rekaan mereka disini disediakan sokongan pada setiap koleksi mereka. 

PELIHARA KAKI ANDA DENGAN SUNFEET MALAYSIA

Dalam banyak-banyak rekaan, patik sempat mencuba kasut yang dipamerkan yang muat dengan patik dan kasut ini sangat muat. Abaikan warna kasut itu kerana yang penting keselesaan didalam kasut ini sangat terbaik dan memang memberi sokongan yang tinggi terhadap tapak kaki patik. Itu lebih penting. 

Sebenarnya banyak rekaan mereka yang cantik-cantik. Patik hanya sekadar mencuba untuk merasai bagaimana keadaan kasut yang ada sokongan didalam bahagian dalam kasut ini.

PELIHARA KAKI ANDA DENGAN SUNFEET MALAYSIA

Apa pun patik rasa bertuah dapat sama-sama didalam sesi perkongsian ini dan sekaligus dapatlah patik secara peribadi mengetahui keadaan kaki yang baik untuk jangka masa panjang. 

Bagi korang yang ingin mengetahui bagaimana keadaan kaki korang dan ingin mencuba pengalaman seperti patik, apa kata korang datang terus ke Sunfeet Malaysia - International Rehab Centre dan cuba sendiri. Butiran informasi adalah seperti berikut.

Sunfeet Malaysia - International Rehab Centre
Block C,18 jalan 19/1, Sek 19,
46300 Petaling Jaya, 
Selangor

Telefon:
013 - 528 3939 | 013 - 912 2939


>> WEBSITE | FACEBOOK | INSTAGRAM <<

You Might Also Like

0 komen