PROGRAM KEMBARA ILMU 2018 HIMPUN PENDUDUK KOTA SERIEMAS

Tuesday, May 08, 2018

PROGRAM KEMBARA ILMU 2018

PROGRAM KEMBARA ILMU 2018 HIMPUN PENDUDUK KOTA SERIEMAS | Di Malaysia ni memang banyak program kemasyarakatan yang boleh korang turut serta. Program seperti ini bukan sahaja boleh mengeratkan silaturahim sesame kejiranan, malah korang boleh sama-sama berkenalan dengan persekitaran taman korang. 

Semalam patik sempat menyingah kesuatu kejiranan di Kota Seriemas. Baru patik tahu yang kejiranan di Kota Seriemas ni sangat luas yang terdiri daripada Laman Bakawali, Kemboja, Jasmin, Alamanda dan Cempaka untuk program Kembara Ilmu 2018. Program telah diadakan di Taman Laman Ilmu yang sangat menghijau bagi patik. 

PROGRAM KEMBARA ILMU 2018

Untuk pengetahuan korang, Kembara Ilmu 2018 ini adalah sebuah inisiatif pihak PNB Development dan Perbandaran Kota Seriemas dengan kerjasama Majlis Perbandaran Nilai bagi merialisasikan  Pelan Pembagunan Mampan Agenda 21 dimana program seperti ini dapat meningkatkan pembangunan mampan disesebuah tempat. 

PROGRAM KEMBARA ILMU 2018

Program ini telah dirasmikan oleh YB Dato Haji Hasim Rusdi, Pengerusi Jawatankuasa Bertindak Pertanian dan Industri Asas Tani Negeri Sembilan


ANTARA AKTIVITI YANG BERLANGSUNG DI PROGRAM KEMBARA 2018

Banyak program yang telah dilakukan termasuklah demonstrasi masakan makanan sihat, gotong royong disekitar Taman Laman Ilmu serta penenaman pokok herba oleh masyarakat setempat Kota Seriemas ini. 

PROGRAM KEMBARA ILMU 2018

Seperti contoh program demosntrasi masakan makanan sihat ini, Chef Wan daripada PNB Group ini telah memperkenalkan menu sihat yang boleh dijadikan amalan oleh semua orang nanti. Selain itu beberapa gerai jualan turut mengadakan jualan produk mereka pada harga yang tidak mengecewakan. 

PROGRAM KEMBARA ILMU 2018
PROGRAM KEMBARA ILMU 2018

Yang seronoknya adalah aktiviti wall mural dimana dinding yang tersedia ini akan diberikan kebebasan kepada semua penduduk Kota Seriemas untuk membuat cetakan tangan pada dinding tersebut. Patik lihat rata-rata pengunjung tidak melepaskan peluang untuk membuat cop tangan pada dinding yang tersedia dengan cat-cat yang berwarna-warni. 

PROGRAM KEMBARA ILMU 2018

Bila ada kawasan perumahan, patik yakin rata-rata mereka sangat menyukai tanaman herba seperti daun kari, daun kunyit, halia, lenguas dan sebagainya jadi disini juga mereka diberikan sebuah kawasan dan tanaman seperti yang patik sebutkan tadi ditanam secara berjemaah. Kiranya nanti boleh laaa menjadi pohon wakaf untuk kegunaan semua penduduk Kota Seriemas nanti. 

PROGRAM KEMBARA ILMU 2018

Selain aktiviti untuk golongan dewasa, aktiviti untuk anak-anak turut disediakan. Aktiviti seperti Walk Hunt telah dibuka kepada anak-anak semua penduduk Kota Seriemas telah diadakan. Kiranya bukan sahaja orang dewasa sahaja yang gembira, anak-anak penduduk Kota Seriemas turut gembira.

PROGRAM KEMBARA ILMU 2018

Walaupun aktiviti ini bagi patik agak ringkas, tetapi impak yang diberikan oleh seluruh penduduk Kota Seriemas ini memang sangat ohsem!! Mana tidaknya, pengunjung yang datang memeriahkan program Kembali Ilmu 2018 ini memenuhi setiap ruang Taman Laman Ilmu yang sangat menghijau ini. 

PROGRAM KEMBARA ILMU 2018

Apa pun tahniah kepada seluruh tenaga kerja program Kembara Ilmu 2018 dan seluruh penduduk Kota Seriemas diatas penganjuran program yang sangat bermanfaat ini. Aktiviti ini dapat mengeratkan hubungan dan memperkenalkan konsepkehidupan sihat serta menjaga alamn sekitar dengan beberapa aktiviti sihat ini.

Dengan penganjuran program seperti ini sekaligus menyokong Local Agenda 21 bagi mencapai pembangunan yang memenuhi keperluan semasa tanpa menjejaskan keperluan generasi masa depan yang mengimbangi pembangunan ekonomi dan juga keperluan sosial dan alam sekitar.

Bagi korang yang ingin mengetahui lebih lanjut tentang apa yang dilakukan oleh Kota Seriemas ini, korang boleh dapatkan informasi seperti dibawah. Sekalilagi patik ucapakan berbanyak terima kasih atas jemputan melihat kemeriahan program ini.


>> FACEBOOK | INSTAGRAM <<

You Might Also Like

0 komen