TAHUKAH ANDA KLINIK 1MALAYSIA MENYEDIAKAN RAWATAN PERUBATAN SERENDAH RM1?

Friday, April 27, 2018

Klinik 1Malaysia Wilayah Persekutuan

KLINIK 1MALAYSIA MENYEDIAKAN RAWATAN PERUBATAN SERENDAH RM1? TAHUKAH ANDA? | Patik nak tanya korang laa, sekiranya korang mengalami sakit yang ringan seperti demam, batuk dan sebagainya, korang lebih suka ke Klinik Kerajaan atau Klinik Swasta?

Bagi patik, memilih untuk mendapatkan rawatan di Klinik Kerajaan atau Klinik Swasta bergantung kepada hak masing-masing. Untuk perkongsian kali ini, patik ingin bertanya pada korang.

Klinik 1Malaysia Wilayah Persekutuan

Korang pernah mendengar berkenaan Klinik 1Malaysia? Apa itu Klinik 1Malaysia?

Klinik 1Malaysia ditubuhkan bagi menyediakan perkhidmatan rawatan perubatan ringan kepada penduduk setempat. Kiranya korang mengalami penyakit ringan seperti demam ke batuk ke sakit yang tidak kronik, korang boleh datang ke Klinik 1Malaysia bagi mendapatkan rawatan. 


KEMUDAHAN KLINIK 1MALAYSIA DI WILAYAH PERSEKUTUAN

Klinik 1Malaysia Wilayah Persekutuan

Di Wilayah Persekutuan sahaja Klinik 1Malaysia mempunyai sebanyak 26 buah klinik  dan secara awalnya Klinik 1Malaysia telah beroperasi bermula tahun 2010 dimana klinik ini telah dilancarkan oleh Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Najib Tun Razak di Flet Kampung Kerinchi, Kuala Lumpur. Bayaran hanya RM1 sahaja. Biar betul? Sangat murah bukan?

Antara perkhidmatan yang disediakan adalah perkhidmatan rawatan ringan seperti demam, batuk, selsema dan penyakit ringan lain. Selain itu di Klinik 1Malaysia, rawatan susulan kes pesakit kronik yang stabil termasuklah penyakit kencing manis, darah tinggi dan prosedur rawatan ringan seperti mencuci luka dan buka jahitan serta perkhidmatan ujian makmal seperti ujian air kencing, ujian HIV dan ujian tibi turut disediakan. 

Klinik 1Malaysia ini dikendalikan oleh Penolong Pegawai Perubatan (PPP) yang dahulunya dikenali sebagai HA/MA. Pihak kerajaan hanya membenarkan PPP untuk memberikan ubat bagi sakit-sakit yang ringan.


PEMANTAUAN KLINIK 1MALAYSIA OLEH JABATAN KESIHATAN

Kewujudan Klinik 1Malaysia ini bukanlah bertujuan merampas fungsi klinik swasta. Kewujudan Klinik 1Malaysia ini adalah sebagai membantu golongan yang boleh dikatakan kurang mampu atau boleh dikategorikan sebagai miskin bandar. Setiap negeri di Malaysia mempunyai hanya 3 hingga 4 buah klinik di setiap negeri dan bagi patik ianya tidak mengganggu gugat Klinik Swasta yang ada di sesebuah tempat. 

Jabatan Kesihatan telah ditugaskan untuk memantau kualiti dan perkhidmatan kesemua Klinik 1Malsysia ini dari segi kemudahan, servis dan bekalan ubat yang sentiasa mencukupi untuk kes-kes yang ringan seperti yang patik ceritakan tadi. Bagi kes-kes yang di luar bidang perkhidmatan Penolong Pegawai Perubatan atau kes-kes yang perlu dilihat oleh Pegawai Perubatan, ianya akan dirujuk ke Klinik Kesihatan atau hospital yang berdekatan. 


LOKASI DAN WAKTU OPERASI KLINIK 1MALAYSIA DI WILAYAH PERSEKUTUAN

Klinik 1Malaysia Wilayah Persekutuan

Secara kebiasaan, lokasi Klinik 1Malaysia biasanya ditempatkan di kawasan perumahan. Maka korang sebagai pengguna yang ingin mendapatkan rawatan tidak lagi perlu berkenderaan ke Klinik-klinik Kesihatan yang jauhnya sehingga 10 kilometer jauhnya dari rumah korang.

Klinik 1Malaysia ini dibuka SETIAP HARI dari jam 10 pagi hingga 10 malam TERMASUK cuti sekolah atau perayaan.

Korang nak tahu dimana lokasi Klinik 1Malaysia disekitar Wilayah Persekutuan? [KLIK SINI].


PENDAPAT PERIBADI BERKENAAN KLINIK 1MALAYSIA

Bagi patik Klinik 1Malaysia bagus sebab patik juga kadang kala akan ke Klinik 1Malaysia ini sekiranya patik mengalami masalah kesihatan yang ringan. Ubat yang mereka berikan juga tidak kurang baiknya walaupun dengan hanya bayaran RM1 untuk setiap kali rawatan. 

Sekiranya Klinik 1Malaysia ini dapat ditambah baik dengan menambahkan jumlah lokasi dan juga ditambah bilangan perawat ianya akan memendekkan masa temujanji dan sekaligus memberi galakan rakyat Malaysia untuk datang bagi mendapatkan rawatan disini.  

You Might Also Like

0 komen