TAHUKAH ANDA? TERDAPAT RUMAH TRANSIT UNTUK KEMUDAHAN RAKYAT MALAYSIA

Monday, May 07, 2018

RUMAH TRANSIT UNTUK KEMUDAHAN RAKYAT MALAYSIA

TAHUKAH ANDA? TERDAPAT RUMAH TRANSIT UNTUK KEMUDAHAN RAKYAT MALAYSIA | Tempoh hari patik ada terbaca suatu penulisan berkenaan rumah transit yang wujud di Malaysia. Pada mulanya patik kurang faham apa yang dimaksudkan dengan rumah transit yang khabrnya boleh memberi kemudahan kepada orang ramai lebih-lebih lagi bagi pasangan yang baru mendirikan rumahtangga.

Rumah transit yang patik baca tu adalah suatu program yang dipanggil Program Rumah Transit 1Malaysia (RT1M). Program ini dibuat adalah bertujuan untuk memberi kemudahan perumahan kepada pasangan muda yang baru berkahwin dan berumur 30 tahun dan ke bawah. Program ini bertumpu di bandar-bandar besar untuk mengurangkan beban pasangan muda yang berpendapatan rendah / berkelayakan. Jadi bagi korang yang kahwin muda dan yang bermustautin di sekitar Kuala Lumpur layak untuk merasai nikmat ini.

RUMAH TRANSIT 1 MALAYSIA

Konsep program rumah transit ini adalah dimana korang sebagai penyewa hanya perlu membayar kadar sewa sebanyak RM800 / sebulan selama lima tahun kepada Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) dimana sejumlah RM300 daripada jumlah itu akan disimpan dan akan dipulangkan semula sebagai deposit apabila mereka sudah mampu beli kediaman sendiri melalui skim Rumah Wilayah Persekutuan (RUMAWIP) nanti. 

Khabarnya sebanyak 1,200 unit pangsapuri dibina khusus untuk pasangan ini mendiami buat sementara sebelum mereka memiliki kediaman mereka sendiri. Pangsapuri Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) di Kampung Sungai Udang, Segambut bakal menjadi rumah transit pasangan muda pertama di ibu negara apabila pembinaannya siap pada tahun hadapan.

Bagi patik, apa yang patik nampak melalui program ini. ia adalah sebagai penyelesaian jangka pendek sekaligus sedikit sebanyak dapat meringankan beban golongan belia untuk membina kehidupan secara berperingkat hasil pengurangan kos sara hidup korang semua.


SYARAT KELAYAKAN BAGI MEMOHON RUMAH TRANSIT

Bagi korang yang ingin memohon rumah transit bagi Program Rumah Transit 1Malaysia (RT1M), ada beberapa kriteria yang perlu korang perhatikan sebelum korang membuat permohonan. Ini adalah syarat untuk turut serta didalam program yang dimaksudkan:

  • Pemohon dan pasangan adalah warganegara Malaysia
  • Pemohon berumur 18 hingga 30 tahun
  • Pemohon tidak mempunyai rumah sendiri di kawasan / negeri rumah yang dipohon
  • Pemohon bekerja di kawasan / negeri rumah transit yang dipohon
  • Pendapatan isi rumah RM5,000 dan ke bawah
  • Tiada rekod jenayah.

Syarat ini ditetapkan supaya korang yang benar-benar layak untuk turut sama dalam program ini akan diberi peluang.


KEMUDAHAN YANG TERDAPAT PADA RUMAH TRANSIT 

RUMAH TRANSIT 1 MALAYSIA

Walaupun rumah transit ini adalah sekadar sebuah program "bantuan", apa yang patik inigin kongsikan disini adalah segala kemudahan yang dibina bersama dengan rumah transit ini memenuhi kriteria sebagai sebuah kependudukan lengkap dengan kemudahan dewan serbaguna, taska, kedai / gerai, pejabat pengurusan, tempat letak kereta, tempat letak motosikal, pagar kawasan, kawalan keselamatan, surau, lif, landksap dan sebagainya.

Jadinya rumah transit bagi Program Rumah Transit 1Malaysia (RT1M) yang dibina ini adalah sebuah penempatan yang lengkap sesuai untuk mereka yang ingin memulakan kehidupan baru bekeluarga. 

Jadi, bagi korang yang ingin mencuba, borang permohonan boleh didapati di alamat seperti di bawah. Borang permohonan lengkap boleh dihantar secara pos atau serahan tangan ke alamat berikut:

Bahagian Perancangan dan Pembangunan Projek PPR
Jabatan Perumahan Negara
Kementerian Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan,
Aras 33, No. 51, Persiaran Perdana, Presint 4,
62100 Putrajaya

Telefon:
03-8891 4052 / 4061

Faks:
03-8891 4045


>> WEBSITE <<


You Might Also Like

0 komen