BAYAR BIL MUDAH DENGAN JOMPAY DAN BERPELUANG MEMENANGI HADIAH LUMAYAN

Friday, June 01, 2018

BAYAR BIL MUDAH DENGAN JOMPAY

BAYAR BIL MUDAH DENGAN JOMPAY DAN BERPELUANG MEMENANGI HADIAH LUMAYAN | Korang pernah dengar sistem pembayaran melalui atas talian yang diberi nama JomPAY? Patik selalu menggunakan perkhidmatan JomPAY untuk membuat pembayaran semua jenis bil termasuklah bil internet, bill elektrik dan sebagainya. Memang ianya sangat mudah. Tiada caj tersembunyi yang dikenakan kepada patik sekiranya menggunakan perkhidmatan JomPAY.

BAYAR BIL MUDAH DENGAN JOMPAY

Tempoh hari patik telah berpeluang untuk datang dan melihat sendiri apa itu JomPAY yang sebenar. Berlokasi di ruang majlis Colleseum Shah Alam yang sangat cantik untuk sama-sama menyaksikan pelancaran kempen ‘Fire This Baby Up: JomPAY Like a Champion and WIN’ yang menawarkan hadiah berjumlah lebih RM 1.7 juta termasuk dua buah kereta Mini John Cooper Works edisi terhad. 

BAYAR BIL MUDAH DENGAN JOMPAY

Peraduan ini akan diadakan sehingga 30 September 2018 melayakkan korang untuk turut serta hanya dengan menggunakan perkhidmatan daripada JomPAY ini. Bayar apa jua bill dengan menggunakan JomPAY dan korang layak untuk turut serta. 

BAYAR BIL MUDAH DENGAN JOMPAY

Seperti yang diperkatakan oleh Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan, PayNet, “Kami teruja untuk melancarkan kempen ini buat tahun ketiga berturut-turut. Jumlah transaksi JomPAY telah meningkat lebih daripada 214% secara tahunan memandangkan lebih ramai pelanggan bank mendapati betapa mudahnya untuk JomPAY. Setelah anda menetapkan pengebil tertentu sebagai pilihan kegemaran JomPAY dalam perbankan dalam talian, bil anda boleh dibayar dalam masa hanya beberapa saat.” 

BAYAR BIL MUDAH DENGAN JOMPAY

Untuk pengetahuan korang, JomPAY ini adalah sistem pembayaran bil dalam talian terbesar Malaysia dari segi bilangan pengebil, dengan sejumlah 3,296 pengebil, meliputi semua syarikat telekomunikasi, utiliti elektrik, perkhidmatan TV berbayar, penyedia kemudahan bekalan air di 11 negeri, 112 majlis perbandaran tempatan, institusi pendidikan, syarikat insurans, broker saham, peniaga e-dagang, PKS dan banyak perniagaan lain. JomPAY dikendalikan oleh Payments Network Malaysia (Paynet) Sdn. Bhd

BAYAR BIL MUDAH DENGAN JOMPAY


BAGAIMANA MENYERTAI PERADUAN INI?

Korang boleh menyertai peraduan dengan menetapkan pengebil yang tersenarai di JomPAY sebagai pilihan kegemaran (‘favourite’) mereka dalam kemudahan Perbankan Internet mana-mana satu daripada 40 bank yang turut serta di Malaysia dan seterusnya membuat bayaran JomPAY menggunakan pilihan tersebut.

BAYAR BIL MUDAH DENGAN JOMPAY

Ini adalah kenderaan yang patik maksudkan dimana korang berpeluang untuk memenangi salah sebuah daripada 2 buah Mini John Cooper Works edisi terhad yang patik ceritakan pada awal tadi. Cantik bukan kenderaan ini. Patik sudah cuba melihat dan menyentuh secara dekat dan sememangnya ini adalah kenderaan yang patik idamkan sejak lama dulu. 

BAYAR BIL MUDAH DENGAN JOMPAY

Jadi jom gunakan perkhidamatan JomPAY dan korang sudah berpeluang untuk memenangi Mini John Cooper Works edisi terhad ini.

Unutuk mengetahui dengan lebih lanjut berkenaan kempen bayar dengan JomPAY ini, ni patik berikan informasi yang boleh korang guna yee.


>> WEBSITE | FACEBOOK <<

You Might Also Like

0 komen