NAK MENANGI JERSI AUTOGRAF BINTANG BOLASEPAK DUNIA? YOODO BOLEH BANTU

Friday, June 22, 2018

NAK MENANGI JERSI AUTOGRAF BINTANG BOLASEPAK DUNIA? YOODO BOLEH BANTU

NAK MENANGI JERSI AUTOGRAF BINTANG BOLASEPAK DUNIA? YOODO BOLEH BANTU | Musim Piala Dunia tengah hangat berlangusung ni haa. Sejujurnya patik ini bukanlah penggemar tegar permainan bola sepak, tapi kalau sekdar suka-suka tengok tu patik suka juga laaa. Buka TV jeee memang korang akan dipersembahkan dengan perlawanan bola sepak antara negara yang beraksi.

Tapi patik nak tanya korang laaa. Korang pernah mengimpikan untuk memiliki jersi yang ditandatangani oleh bintang bola sepak dunia? Patik rasa inilah tahun yang bertuah untuk korang! Sempena meraikan kemeriahan pertandingan bola sepak terulung di dunia, Yoodo sebuah syarikat telekomunikasi mudah alih digital yang terbaru di Malaysia, menyediakan enam helai jersi bola sepak yang siap ditandatangani khas oleh Messi, Neymar dan Hazard.

NAK MENANGI JERSI AUTOGRAF BINTANG BOLASEPAK DUNIA? YOODO BOLEH BANTU

Bagi pihak Yoodo, Encik Farid Yunus berkata “Sebagai sebuah jenama tempatan, kami turut berkongsi semangat bola sepak dengan seluruh rakyat Malaysia dan merasakan bahawa hadiah ini adalah paling sesuai untuk pelanggan Yoodo. Para pelanggan Yoodo juga akan terus menikmati pelbagai kempen menarik dalam masa terdekat”.

Perkhidmatan mudah alih digital khusus yang pertama di Malaysia ini telah dilancarkan pada awal tahun yang memberikan para pelanggan pilihan dan kawalan terhadap pelan mudah alih mereka. Ini juga bermakna dengan hanya menggunakan aplikasi mudah alih Yoodo, mereka dapat mengubah pelan pada bila-bila masa dan mengawal apa yang mereka mahukan sepenuhnya.

Sebagai sebahagian daripada kempen ‘Yoodo Bola’, jersi-jersi dengan tandatangan eksklusif tersebut boleh dimenangi menerusi peraduan yang berlangsung sekarang sehingga 29 Jun. Para peminat tidak perlu melakukan sepakan melengkung ke arah gol untuk menang tetapi mereka hanya perlu log masuk ke laman sesawang yoodo di www.yoodo.com.my dan berkongsi ramalan juara kejohanan mereka di laman sosial media yang tersedia.

NAK MENANGI JERSI AUTOGRAF BINTANG BOLASEPAK DUNIA? YOODO BOLEH BANTU

Peraduan ini eksklusif untuk pelanggan Yoodo, jadi warga Malaysia disaran untuk menyertai Yoodo secepat mungkin untuk berpeluang memenangi hadiah yang ditawarkan. Selain daripada itu, jika warga Malaysia mengaktifkan pelan Yoodo pertama mereka sekarang, mereka turut boleh menikmati kredit PERCUMA bernilai RM20 yang membolehkan mereka membeli 20GB secara PERCUMA!

Dengan data sebanyak ini, para peminat bola sepak pasti tidak akan terlepas  aksi-aksi hebat pasukan kegemaran mereka dengan menonton dari mana-mana sahaja mereka berada. Untuk maklumat lanjut tentang kempen, sila layari pautan berikut:

Promo 20GB Percuma: 

You Might Also Like

0 komen