FILEM PULANG MENGANGKAT KISAH KELASI KAPAL MELAYU

Wednesday, July 18, 2018

FILEM PULANG MENGANGKAT KISAH KELASI KAPAL MELAYU

FILEM PULANG MENGANGKAT KISAH KELASI KAPAL MELAYU | Bila sebut Kabir Bahtiar, patik yakin korang akan mengenali Pengarah Filem yang hebat dalam menghasilkan sinematografi yang cantik untuk filem karya beliau. Yang patik ingat, karya terakhir beliau adalah pada tahun 2017 dengan filem Bisik Pada Langit yang rata-rata mengatakan filem air mata terbaik bagi tahun tersebut. 

FILEM PULANG MENGANGKAT KISAH KELASI KAPAL MELAYU

Untuk tahun 2018, Kabir Bahtiar tampil dengan buat tangan yang cukup baik bagi patik iaitu Filem Pulang yang khabarnya mengambil inspirasi daripada kisah sebenar seseorang yang mungkin korang kenali iaitu Datuk Ahmad Idzham Omar yang merupakan CEO bagi Media Prima dimana kisah 3 generasi keluarga beliau bermula dengan datuk beliau iaitu Othman b. Haji Alias sebagai kelasi kapal melayu pertama di Tanah Melayu.

FILEM PULANG MENGANGKAT KISAH KELASI KAPAL MELAYU

Semalam bertempat di GSC Pavillion Kuala Lumpur, patik dan rakan blogger lain telah dijemput untuk menonton pratonton Filem Pulang ini. Sebenarnya patik tidak study berkenaan filem ini sebab bagi patik semua filem melayu adalah sangat biasa dan agak cliche. Jadi kita tonton dulu dan nanti patik akan buat ulasan terhadap filem ini. Sebelum masuk ke dalam panggung, kami dipersembahkan dengan persembahan daripada Dayang Nurfaizah dengan runut bunyi bagi Filem Pulang bertajuk "Layarlah Kembali". 

FILEM PULANG MENGANGKAT KISAH KELASI KAPAL MELAYU

SINOPSIS FILEM PULANG

Filem 'Pulang' yang merupakan sebuah karya hasil garapan kemas pengarah Kabir Bhatia. Berlatarbelakangkan era 1940-an hingga tahun 2010 sememangnya 'Pulang' adalah sebuah naskhah yang menarik. Karya milik Mira Mustaffa ini adalah berdasarkan tentang inspirasi seorang kelasi kapal Melayu yang ketika itu berpengkalan di Melaka.

Pada tahun tersebut, kelasi melayu sangat dikehendaki oleh syarikat perkapalan besar dunia. Kerana menurut mereka, orang melayu kuat bekerja dan jarang menimbulkan masalah diatas kapal. Maka, ada dikalangan mereka pada ketika itu sangat berjaya mahupun sebaliknya.

Menurut salah seorang pelakon utamanya, Azrel Ismail, idea asal Filem Pulang ini telah diberikan oleh Ketua Pegawai Eksekutif Rangkaian Televisyen Media Prima Berhad, Datuk Ahmad Izham Omar yang mana ia sebenarnya diadaptasi daripada kisah benar keluarga beliau sendiri. Pada masa sama, filem ini juga dimuatkan dengan unsur-unsur dramatik dan turut menampilkan kisah yang pastinya cukup tragis dalam era yang berbeza. Selain pemerintahan British, pengarah Kabir Bhatia turut memaparkan era penaklukan Jepun ketika Perang Dunia Kedua. 

Antara pelakon yang turut membintangi Filem Pulang ini ialah Remy Ishak, Puteri Aishah, Datuk Jalaludin Hassan, Juliana Evans, Azrel Ismail dan ramai lagi.

FILEM PULANG MENGANGKAT KISAH KELASI KAPAL MELAYU

Bagi korang diluar sana, patik sarankan korang tonton sendiri kerana filem ini memang sangat cantik garapannya dan juga sinematografinya yang sangat indah. Cerita yang agak berat untuk korang faham sebab melibatkan 3 generasi tapi ianya disusun dengan cantik sekali oleh Kabir Bahtiar supaya ianya sampai kepada penonton. 

Saksikan di semua pawagam diseluruh Malaysia pada 26 Julai 2018 nanti dan patik yakin korang akan terkesan dengan apa yang korang tonton nanti. 


You Might Also Like

0 komen