NURSAJAT BERHABIS RM700,000 UNTUK CANTIKKAN RUMAH

Monday, July 30, 2018

NURSAJAT BERHABIS RM700,000 UNTUK CANTIKKAN RUMAH

NURSAJAT BERHABIS RM700,000 UNTUK CANTIKKAN RUMAH | Siapa tidak kenal dengan pengusaha kosmetik dan emas, Nursajat yang sering dikecam dek pelbagai reaksi masyarakat terhadap apa yang beliau lakukan termasuklah perniagaan kosmetik dan juga emas yang beliau lakukan. 

Kiranya semakin dikecam, semakin masuk rezeki Nursajat ni patik tengok. Terbaru patik telah dijemput kemajlis makan-makan dikediaman beliau di Kota Damansara dan kalau dah berjumpa beliau, kami rakan media sudah tentu banyak persoalan yang ingin ditanya kepada beliau. 

NURSAJAT BERHABIS RM700,000 UNTUK CANTIKKAN RUMAH

Rupanya tujuan majlis makan-makan ini adalah untuk berkongsi rasa gembira dengan rakan media dimana rumah yang didiami oleh beliau ini telah selamat diubah suai dengan jumlah kos sebanyak RM700,000. Bila diberitahu dengan jumlah sebanyak itu, patik rasa bagai nak tercampak sebab terlalu murah rezeki beliau sehingga mampu untuk mengubah suai rumah yang pernah menjadi kediaman Dato Alif Shukri sebelum ini. 

Memasui ke kediaman Nursajat ini memang memasuki sebuah rumah bak isana. Dengan susunan perabut yang indah, rangsir yang tampak mewah dan juga hiasan meja dan juga dinding yang sangat cantik menjadikan kediaman Nursajat adalah sebuah kediaman mewah yang cantik. 

NURSAJAT BERHABIS RM700,000 UNTUK CANTIKKAN RUMAH

Selain bercerita berkenaan rumah beliau, Nursajat juga telah memperkenalkan seorang rakan beliau yang dikatakan rakan artis dari Indonesia iaitu Lucinta Luna. Sambil menulis entri ini, patik sempat membuat sedikit kajian melalui carian google dan juga YouTube, rupanya Lucinta Luna ini adalah seorang artis dangdut yang agak popular di Indonesia.
Khabarnya Nursajat dan juga Lucinta Luna akan berkolaborasi untuk lagu terbaru yang dijangka akan dilakukan rakamannya di Indonesia.

NURSAJAT BERHABIS RM700,000 UNTUK CANTIKKAN RUMAH

Selain mereka berdua, khabarnya Dato Aliff Syukri juga akan terlibat sama didalam penghasilan lagu terbaru mereka yang khabarnya berentak dangdut. Bagaimana rupa kedenganran lagu tersebut, nantikan sama-sama lagu tersebut. 

NURSAJAT BERHABIS RM700,000 UNTUK CANTIKKAN RUMAH

Selesai sembang-sembang dengan 3 insan terkenal ini, patik sempat pusing-pusing melihat ruangan rumah Nursajat yang memang sangat cantik. Kadang-kadang terfikir, bagaimana rasanya duduk didalam rumah mewah seperti ini yee? Sana-sini patik nampak CCTV terpapar disetiap ruangan rumah beliau. Bagus juga untuk keselamatan penghuninya laaa kan. 

NURSAJAT BERHABIS RM700,000 UNTUK CANTIKKAN RUMAH

Patik sempat mengabadikan gambar dirumah Nursajat yang bagi patik bagaikan berada disebuah hotel mewah. Jadilaaa sebagai tanda kehadiran patik kerumah agam ini haaa. Melihat sendiri dengan mata kepala sendiri yang sebelum ni patik hanya melihatnya hanya didalam media sosial beliau saja. 

NURSAJAT BERHABIS RM700,000 UNTUK CANTIKKAN RUMAH

Apa pun tahniah patik ucapkan buat Nursajat untuk rezeki dan juga semoga maju jaya didalam perniagaan anda dan setiasa dilimpahi rezeki yang boleh dikongsi bersama. Terima kasih juga atas kesudian menjemput untuk aktiviti makan-makan tempoh hari. 

You Might Also Like

0 komen