DAY 1: PENGALAMAN JELAJAH KUNMING, YUNAN CHINA

Tuesday, August 28, 2018

PENGALAMAN JELAJAH KUNMING, YUNAN CHINA

DAY 1: PENGALAMAN JELAJAH KUNMING, YUNAN, CHINA | Siapa sangka angan-angan untuk patik sampai ke Kunming, Yunan China apabila melihat beberapa rakan patik telah sampai ke Kunming tidak silap patik 2 tahun lalu akhirnya menjadi kenyataan. Sebenarnya patik tidak sangkat diberi peluang untuk sampai kesini. Ini semua patik anggap sebagai rezeki terpijak. Jadi untuk entri ini dan seterusnya, patik akan berkongsi pengalaman patik yang telah berada disana untuk 5 hari 4 malam di Kunming, Yunan China.

PENGALAMAN JELAJAH KUNMING, YUNAN CHINA

Sebelum patik berkongsi dengan lebih lanjut, jom patik perkenalkan dimanakah Kunmimg, Yunan, China. Kunming ialah ibu kota Yunnan, China. Jika korang menaiki kapal terbang untuk ke Yunnan, China, korang akan nampak dari tingkap lagi kehijauan bumi Yunnan. Apa yang orang katakan tentang Kunming adalah “Everyday is spring in Kunming”. Kenapa dikatakan begitu? Jom teruskan pembacaan korang. 

PENERBANGAN DENGAN AIR ASIA

PENGALAMAN JELAJAH KUNMING, YUNAN CHINA

Patik dan beberapa rakan blogger dan media lain telah diterbangkan dengan penerbangan Air Asia, AK101 terus ke Kunming, Yunan, China. Penerbangan kami adalah disebelah petang. Perjalanan memakan masa lebih kurang 4 jam membuatkan masa terus hanyut dengan aktiviti tidur jeee. Sedar-sedar pengumuman penyediaan makanan diberikan. Patik telah dihidangkan dengan Lagsana Ayam yang sememangnya kali pertama patik makan. Selalunya Nasi Lemak Pak Nasir akan menjadi pilihan patik, tetapi untuk kali ini patik cuba mengubah rasa tekak.

PENGALAMAN JELAJAH KUNMING, YUNAN CHINA

Sambil makan, sambil sembang-sembang tak sangka masa untuk mendarat di bumi Kunming, Yunan China. Benda yang patik nak rasa adalah rasa suhu sejuk sebab masa kawan patik ke sana, suhu disana adalah sejuk dan berangin dan memerlukan baju sejuk. Patik dah siap dengan koleksi baju-baju sejuk yang cecantik haaa.

Sebelum mendarat, semua penumpang diminta untuk mengisi dokumen perlepasan untuk melepasi halangan pihak kastam di lapangan terbang nanti.

LAPANGAN TERBANG ANTARABANGSA KUNMING CHANGSHUI 

PENGALAMAN JELAJAH KUNMING, YUNAN CHINA

Setibanya di bumi Kunming, Yunan China, benda yang bermain difikiran patik adalah cuaca dan suhu disini. Seperti yang patik sedia maklum, suhu adalah sekitar 23 sehingga 16 darjah selsius bergantung kepada keadaan semasa. Jadi dengan suhu itu patik telah siap sedia dengan beberapa helai pakaian sejuk yang cantik untuk patik gunakan sepanjang penjelanjahan patik disini. 

Selesai semua urusan dengan pihak imigresen dan juga kastam, patik tak sabar untuk keluar daripada lapangan terbang ini. Patik agak kagum dengan keadaan lapangan terbang disini. Terlalu besar dan seakan-akan hebat dengan KLIA2 di Malaysia. Siapa sangka, sebuah ibu negeri kepada Yunan mempunyai lapangan terbang yang sangat hebat dimata patik.

Melangkah keluar dari lapangan menuju ke bas yang menunggu kami, patik dapat rasakan suhu disini sedikit dingin dan rupanya musim yang patik tiba ini adalah musim panas (summer) dan bila dah musim panas, orang gila jeee yang pakai baju sejuk disana sini. Patik mula menyesal sebab bawak sampai 4 helai pakaian sejuk yang kononnya untuk digunakan nanti tapi semuanya hampa. Hahahaha

PENGALAMAN JELAJAH KUNMING, YUNAN CHINA

Hidup perlu diteruskan dengan senang hati. Mujur ada poket wifi daripada Travel Recommends yang patik sewanya dari Malaysia bagi memudahkan untuk patik berhubung dengan dunia maya patik nanti. Untuk pengetahuan korang, Travel Recommends ini. menyediakan perkhidmatan internet seluruh dunia dengan harga yang berpatutuan. Korang boleh dapatkan maklumat seperti berikut:

>> FACEBOOK | INSTAGRAM <<



THE OLD STREET, KUNMING

PENGALAMAN JELAJAH KUNMING, YUNAN CHINA

Memandangkan kami tiba di Kunming, Yunan China agak petang, jadi kami hanya sempat melawat tempat yang berdekatan sebelum kami dibawa ke hotel penginapan kami.

PENGALAMAN JELAJAH KUNMING, YUNAN CHINA

Untuk hati pertama, patik dan rakan blogger dan media lain telah dibawa kekawasan yang bagi patik sangat cantik dengan keindahan warisan dan juga budaya iaitu The Old Street, Kunming. Apa yang menariknya disini adalah korang akan melihat lorong yang mana dikiri kanannya adalah bangunan lama yang masih teguh berdiri.

PENGALAMAN JELAJAH KUNMING, YUNAN CHINA

Korang akan dapati setiap ruangan memang cantik untuk diabadikan didalam gambar. Patik dan rakan lain bagaikan terpukau dengan keindahan di The Old Street Kunming ni haaa. Ni belum masuk dengan segala pintu yang cantik, taman-taman yang memang mempersonakan dan semestinya mengundang untuk setiap korang menunggu lama disesuatu tempat.

PENGALAMAN JELAJAH KUNMING, YUNAN CHINA
PENGALAMAN JELAJAH KUNMING, YUNAN CHINA

Lawatan kami berakhir dengan melawat dikawasan sekitar The Old Street Kunming dan kemudian kami dibawa untuk menikmati makan malam yang sangat dahsyat disebuah restoran halal disini dan akhirnya kami pulang ke hotel untuk berehat.

PENGALAMAN JELAJAH KUNMING, YUNAN CHINA

Hari pertama yang sangat panjang tetapi menarik ini memang memberikan pengalaman menarik ditempat orang. Terima kasih Allah, terima kasih atas peluang ini.

Lepas ni patik akan kongsikan perjalanan hari berikutnya dipenulisan patik selepas ini. Teruskan bersama patik didalam perkongsian patik untuk pengalaman jelajah Kunming, Yunan China.


You Might Also Like

0 komen