FIESTA MAKANAN SICHUAN 2018 DI HOTEL DORSETT

Wednesday, August 08, 2018

FIESTA MAKANAN SICHUAN 2018 DI HOTEL DORSETT

FIESTA MAKANAN SICHUAN 2018 DI HOTEL DORSETT | Bila sebut menu masakan cina, patik agak teruja untuk menikmatiknya selepas patik pulang daripada Kunming, Yunan China tempoh hari. Untuk pengetahuan korang, kepedasan daripada menu masakan cina ini sedikit berlainan berbanding kepedasan masakan masyarakat Malaysia.

Sesuai dengan kerinduan terhadap masakan China, patik telah berkesempatan untuk menikmati makanan yang datang dari Wilayah Sichuan, Chengdu China yang berlokasi di Hotel Dorsett Grand Subang tempoh hari. 

FIESTA MAKANAN SICHUAN 2018 DI HOTEL DORSETT

Bermula 4 sehingga 29 Ogos 2018, jelajah Fiesta Makanan Sichuan 2018 akan menjengah keseluruh Hotel Dorsett yang ada di Malaysia seperti Dorsett Grand Subang, Dorsett Grand Labuan, Dorsett Kuala Lumpur dan juga Dorsett Putrajaya. Sehubungan dengan itu, 2 orang chef yang dibawa khas dari Dorsett Grand Chengdu, China iaitu Chef Harley dan Chef Teresa untuk menyediakan menu yang menjadi pilihan masyarakat Sichuan.

Untuk pengetahuan korang semua, Wilayah Sichuan adalah sebuah wilayah di bahagian barat China yang menjadikan Chengdu sebagai ibu wilayah. Rupanya masyarakat Sichuan memang gemar masakan yang pedas. Bagaimana rasa pedas tu? Nanti patik kongsikan.

FIESTA MAKANAN SICHUAN 2018 DI HOTEL DORSETT
Slice Chicken with Hot & Spicy Sauce 

Untuk promosi ini, ianya bermula di Dorsett Grand Subang pada 4-14 Ogos 2018 yang diadakan di The Emperor Chiness Restaurat, Citra Rasa Restaurant,  Dorsett Putrajaya pada 6-14 Ogos 2018, Checker Cafe, Dorsett Kuala Lumpur pada 15-21 Ogos 2018 dan akhir sekali pada 23-29 Ogos 2018 di Victoria's 

FIESTA MAKANAN SICHUAN 2018 DI HOTEL DORSETT
Deep Fried Crispy Grouper Fish Fillet with Sweet & Sour Sauce 

Bagi korang yang datang dan ingin mencuba menu masakan Sichuan ini, korang kena kuat yee sebab kebanyakkan menu yang ada disini semuanya adalah pedas. Selepas menjamah beberapamenu yang dihidangkan barulah patik merasakan yang menu masyarakat Sichuan ini mempunyai rasapedas yang boleh menyebabkan lidah korang kebas. Sukar patik nak ungkapkan didalam penulisan patik tapi memang itu yang patik rasa.

FIESTA MAKANAN SICHUAN 2018 DI HOTEL DORSETT
Fried Prawns with Sichuan Peppers & Garlic 

Secara keseluruhan, patik tiada masalah dengan rasa masakan ini sebab memang sedapdan tidak dapat dinafikan tetapi yang memberi masalah kepada patik adalah rasa pedas dari masakan ini memberikan efek kebas pada lidah. Hehehehe. 

FIESTA MAKANAN SICHUAN 2018 DI HOTEL DORSETT
Tossed Black Fungus with Vinegar 

FIESTA MAKANAN SICHUAN 2018 DI HOTEL DORSETT
Tossed Black Fungus with Nuts and Kai Lan 

Untuk promosi ini, mereka akan menyediakan menu pembuka selera yang sangat meriah seperti Tossed Black Fungus with Nuts and Kai Lan, Tossed Black Fungus with Vinegar, Tossed Chicken with Sichuan Spices dan Slice Chicken with Hot & Spicy Sauce. 

FIESTA MAKANAN SICHUAN 2018 DI HOTEL DORSETT
Tossed Chicken with Sichuan Spices 

Kemudian korang akan dihidangkan dengan menu utama seperti "Chongqing" Style Deep Fried Crispy Chicken with Dried Chilies, Deep Fried Crispy Grouper Fish Fillet with Sweet & Sour Sauce, Fried Prawns with Sichuan Peppers & Garlic dan Mapo Tofu

FIESTA MAKANAN SICHUAN 2018 DI HOTEL DORSETT
"Chongqing" Style Deep Fried Crispy Chicken with Dried Chilies

Menariknya di fiesta makanan Sichuan 2018 ini, korang akan dihidangkan dengan menu pencuci mulut yang sangat comel iaitu Panda Shape Bun

FIESTA MAKANAN SICHUAN 2018 DI HOTEL DORSETT
Panda Shaped Bun

Korang tengok laa bentuk Panda Shaped Bun yang sangat comel ni haaa. Rasa sayang nak makan. Tapi kalau korang jenis yang gemarkan Mochi, Panda Shaped Bun ini lebih kurang rasanya dengan  Mochi tetapi isi didalamnya adalah cream cheese dan potongan buat strawberi. 

FIESTA MAKANAN SICHUAN 2018 DI HOTEL DORSETT

Jadi apa tunggu lagi, korang boleh rancang masa korang untuk berkunjung ke mana-mana Hotel Dorsett seluruh Malaysia bermula 4 sehingga 29 Ogos 2018.

FIESTA MAKANAN SICHUAN 2018 DI HOTEL DORSETT

Apa pun terima kasih kepada pihak Hotel Dorsett atas jemputan untuk sesi perkenalan menu bagi fiesta makanan Sichian 2018. Patik dan kawan-kawan sudah merasai menu masakan Sichuan ini. Korang jommm ke Hotel Dorsett hari ini !!

You Might Also Like

0 komen