DATO AC MIZAL TERJUN KE DUNIA PENYEDIAAN MAKANAN PULA?

Monday, September 03, 2018

DATO AC MIZAL TERJUN KE DUNIA PENYEDIAAN MAKANAN

DATO AC MIZAL TERJUN KE DUNIA PENYEDIAAN MAKANAN PULA? | Siapa yang tidak kenal dengan susuk entiti yang sangat berpengaruh didalam dunia hiburan di Malaysia iatu Dato AC Mizal memanglah susah patik nak terangkan. Seorang yang patik rasa telah banyak melakukan pelbagai jenis pekerjaan dari mula-mula menyanyi dari tahun 1991 sehingga kini Dato AC Mizal tidak pernah lenyap didalam dunia berita hiburan. 

Korang kalau buka jee TV sudah pasti wajah beliau akan terpampang untuk pelbagai jenis program seperti Maharaja Lawak, Maharaja Lawak Mega, Super Spontan dan banyak lagi. Pejam celik usia beliau didalam dunia hiburan sudan menjejak ke angka 27 tahun. Menyanyi, mengacara, berlakon semua telah dilakukan oleh Dato AC Mizal

Terbaru, Dato AC Mizal telah terjun kesatu lagi dunia yang mungkin korang tidak berapa percaya tetapi ianya adalah pasti iaitu dunia penyediaan makanan. 

DATO AC MIZAL TERJUN KE DUNIA PENYEDIAAN MAKANAN PULA

Tempoh hari patik telah sama-sama melihat sendiri majlis mengumumkan Dato AC Mizal sebagai rakan kongsi bagi sebuah jenama restoran makana yang berkonsepkan makanan Arab dan Itali serta beberapa menu khas terbaik di Malaysia iaitu Pollo Mendi. 

Untuk pengetahuan korang, Pollo Mendi adalah sebuah anak syarikat kepada Brainy Bunch Sdn Bhd dimana mereka mengendalikan Tadika Brainy Bunch Islamic Montessori yang mempunyai cawangan sebanyak 104 cawangan di Malaysia, 4 di Singapura. 2 di Indonesia dan 1 di Gaza.

Penubuhan Pollo Mendi ini bukan sahaja menyedikan menu berkonsepkan "fine cuisine" bukan sahaja sedap tetapi juga telah mendapat pengiktirafan HALAL daripada JAKIM, ianya ditubuhkan untuk menbantu masyarakat diluar sana untuk memiliki perniagaan yang mampu milik.

DATO AC MIZAL TERJUN KE DUNIA PENYEDIAAN MAKANAN PULA

Menurut Encik Mohd Fadzil Hashim, pengasas kepada penubuhan Pollo Mendi, idea penubuhan Pollo Mendi ini daripada kesinambungan penubuhan Tadika Brainy Bunch dimana Brainy Bunch merupakan tadika yang pertama di Malaysia yang mempunyai "central kitchen" dimana didapur ini mereka menyediakan menu untuk anak-anak yang belajar di Tadika Brainy Bunch.

DATO AC MIZAL TERJUN KE DUNIA PENYEDIAAN MAKANAN PULA

Berbalik daripada "central kitchen" Brainy Bunch Sdn Bhd yang terletak di Puchong yang menjadi pembekal makanan kepada anak-anak yang  ada di Tadika Brainy Bunch, ianya sedikit sebanyak mencetuskan idea untuk menyediakan makanan untuk orang ramai. 

DATO AC MIZAL TERJUN KE DUNIA PENYEDIAAN MAKANAN PULA

Penglibatan Dato AC Mizal selain rakan kongsi, beliau juga terlibat secara langsung didalam memasarkan jenama Pollo Mendi ini kepada masyarakat kerana kita sedia maklum bagaimana berpengaruhnya Dato AC Mizal terhadap komuniti. 

Menurut Dato AC Mizal, beliau tertarik untuk melabur didalam bidang penyediaan makanan ini kerana konsep yang dibawakan oleh Pollo Mendi adalah sangat unik adalah selain menu yang dihidangkan adalah sedap dan juga HALAL, penubuhan Pollo Mendi ini bertujuan untuk memberi peluang kepada golongan bumiputera memiliki restoran mewah pada harga yang mampu milik. 

DATO AC MIZAL TERJUN KE DUNIA PENYEDIAAN MAKANAN PULA
DATO AC MIZAL TERJUN KE DUNIA PENYEDIAAN MAKANAN PULA

Siapa sangka dengan menggunakan konsep menu sejuk beku ini, korang akan dapati menu yang dihasilkan daripada teknologi tinggi dalam penyediaan makanan ini sama sedap dan sama rasa seperti korang masak dirumah sendiri. Menu seperti Nasi Arab Mendi, Nasi Arab Kambing, dan menu yang bagi patik paling patik gemari adalah Mee  Bandung Daging yang bagi patik ianya adalah memang terbaik.

Sungguh patik tidak sangka yang menu yang disejuk beku ini memang sedap dan memang sangat senang untuk disediakan memandangkan hari ini orang ramai terlalu sibuk dengan kegiatan harian masing-masing. Jadi kewujudan produk sejuk beku ini memang tepat pada masanya.   

DATO AC MIZAL TERJUN KE DUNIA PENYEDIAAN MAKANAN PULA

Bagi korang yang ingin mendapatkan menu sejuk beku yang patik ceritakan tadi, korang boleh dapatkan segala informasi seperti berikut:


>> WEBSITE | FACEBOOK | INSTAGRAM <<



Kredit foto: www.dikbee.com

You Might Also Like

0 komen