INSPITARI 2018 ANJURAN JKKN KUMPUL TARIAN 14 BUAH NEGERI

Monday, September 24, 2018

INSPITARI 2018

INSPITARI 2018 ANJURAN JKKN KUMPUL TARIAN 14 BUAH NEGERI | Progam Inspitari 2018 anjuran Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara dengan kerjasama Istana Budaya buat julung-juling kalinya ini telah diadakan dipentas bertaraf antarabangsa ini iaitu di Panggung Sari Istana Budaya, Kuala Lumpur telah berlangsung dengan begitu berjaya tempoh hari. 

INSPITARI 2018

Patik telah sama-sama menyaksikan persembahan mereka untuk dua-dua hari iaitu pada 3 dan 4 September 2018 yang lalu. 

Seperti kebiasaan bagi program Inspitari setiap tahun, Inspitari 2018 kali ini telah menggabungkan tarian bagi setiap negeri di Malaysia dimana program ini adalah program yang dinanti-nantikan oleh semua yang begitu meminati seni dan budaya Malaysia. Begitu juga dengan patik dimana patik telah lama mengosongkan masa patik demi untuk menonton persembahan ini. 

INSPITARI 2018

Untuk pengetahuan korang, program Inspitari 2018 ini buat julung-julung kalinya dilakukan di Istana Budaya dan keunikan persembahan Inspitari 2018 kali ini adalah kerana mereka mengangkat persembahan Mek Mulung dan juga Mak Yong sebagai persembahan utama pada hari pertama dan kedua. Mujur patik datang kedua-dua hari. Jadi dapatlah melihat kesinambungan untuk kedua-dua hari tersebut. 

INSPITARI 2018

Selain persembahan Mek Mulung yang menjadi ikon Negeri Kedah dan juga Mak Yong dari Negeri Kelantan ini telah membuka pentas dengan begitu berjaya. Patik sangat suka kesinambungan yang mereka gabungkan untuk sesebuah persembahan. Ditambah dengan jenaka daripada awang-awang dalam Mek Mulung dan Mak Yong menambahkan lagi seri persembahan tersebut. 

INSPITARI 2018

Untuk pengetahuan korang, 2 hari yang berlangsung mempersembahkan sebanyak 7 buah negeri pada hari pertama dan 7 lagi persembahan pada hari kedua oleh Kumpulan Kesenian Jabatan Kebudayaan dan Kesenian bagi negeri masing-masing disamping terdapat persembahan selingan daripada ASWARA dan juga Kumpulan Kesenian Seni Cemerlang yang memang menghiburkan. Siapa sangka, di Malaysia terdapat pelbagai jenis tarian yang mungkin tidak pernah kita lihat sebelum ini. 

INSPITARI 2018

Untuk hari pertama terdapat 7 persembahan daripada Kumpulan Kesenian Jabatan Kebudayaan dan Kesenian iaitu dari KK JKKN Terengganu dengan tarian Canggung Dungun, KK JKKN Perak dengan tarian Joget Konda Kondi, KK JKKN Pulau Pinang dengan tarian Lenggok Nyonya, KK JKKN Kelantan dengan tarian Zapin Salor. 

INSPITARI 2018

Kemudian diikuti dengan perembahan tarian daripada kumpulan KK JKKN Negeri Sembilan dengan tarian Adat Bersuarang, KK JKKN Sabah dengan tarian Sua'an Teke dan akhir sekali KK JKKN Kuala Lumpur dengan tarian Jooh Gunak.

Persembahan pada hari pertama diserikan lagi dengan persembahan daripada kumpulan PERMATA  dan juga Kumpulan Tari ASWARA.

INSPITARI 2018

Pada hari kedua, patik sempat meluangkan masa untuk menonton sebahagian lagi daripada persembahan pada malam pertama. Orang kata, baik kita tengok secara lengkap baru kita tahu keseluruhan daripada kita tengok separuh-separuh. Jadi jommm kita tonton pada malam kedua.

INSPITARI 2018

Pada malam kedua bagi patik adalah ulangan pada malam pertama untuk persembahan selingan, tetapi yang begitu menarik perhatian patik dan rakan lain adalah persembahan daripada anak-anak kecik PERMATA yang sangat comel membuat gerak tari dan semestinya mereka kelihatan begitu profesional dalam setiap langkah. Memang terbaik. 

INSPITARI 2018

Apa pun pujian harus diberikan kepada Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara atas penganjuran INSPITARI 2018 dimana bagi patik ia adalah satu platform pengumpulan budaya Malaysia untuk dikenang oleh generasi akan datang. 

Kredit foto: www.dikbee.com

You Might Also Like

0 komen