KOIR KEBANGSAAN MALAYSIA ANJUR KONSERT 9 KOLEKSI TERUNGGUL

Thursday, November 22, 2018

KOIR KEBANGSAAN MALAYSIA ANJUR KONSERT 9 KOLEKSI TERUNGGUL

KOIR KEBANGSAAN MALAYSIA ANJUR KONSERT 9 KOLEKSI TERUNGGUL | Bila bercakap pasal Koir Kebangsaan Malaysia, patik kalau boleh tidak akan melepaskan peluang untuk menonton persembahan mereka. Sebenarnya patik telah dengar kehebatan lantunan suara daripada kumpulan ini agak lama tapi patik buat pertama kali menonton persembahan mereka semasa mereka mengadakan konsert CLASSIQUE pada tahun 2014 [Baca disini].

Sejak pada itu, sekiranya kumpulan Koir Kebangsaan Malaysia membuat persembahan patik akan cuba untuk menontonnya secara langsung. 

KOIR KEBANGSAAN MALAYSIA ANJUR KONSERT 9 KOLEKSI TERUNGGUL

Baru-baru ini patik dan rakan blogger lain berpeluang menonton Konsert Koir Kebangsaan Malaysia yang bertemakan 9 Koleksi Terunggul yang telah diadakan di Auditorium Perdana , RTM Angkasapuri KL. Ini merupakan persembahan yang ditonton oleh isteri patik setelah kami bernikah. Hehehhe

KOIR KEBANGSAAN MALAYSIA ANJUR KONSERT 9 KOLEKSI TERUNGGUL

Konsert 9 Koleksi Terunggul ini menghimpunkan konsert yang telah dilakukan oleh kumpulan Koir Kebangsaan Malaysia bermula tahun 2009 sehingga 2017. Jadi konsert pada tahun 2018 ini adalah untuk melestarikan muzik koral tempatan ke peringkat yang lebih tinggi melalui gabungan karya lagu terbaik hasil susunan komposer tempatan yang mendapat tempat dihati masyarakat. 

KOIR KEBANGSAAN MALAYSIA ANJUR KONSERT 9 KOLEKSI TERUNGGUL

Untuk Konsert 9 Koleksi Terunggul ini, mereka akan mendendangkan lagu terpilih dalam siri konsert yang pernah Koir Kebangsaan Malaysia lakukan seperti In Love With Peace (2009, 2010, 2011), Dri (2010, 2012), No Wrong Notes (2011), Kembara Muzikal Teater & Filem (2013), Classique (2014), In Love With Rock (2015, 4th Bali International Choir Festival (2015), Wajah (2016) dan WARNA (2017)

KOIR KEBANGSAAN MALAYSIA ANJUR KONSERT 9 KOLEKSI TERUNGGUL

Sebanyak 21 buah lagu telah dipersembahkan kepada pengemar irama koir termasuklah lagu popular tempatan dan luar negara dibawah pimpinan Datuk Syafinaz Selamat dengan membawa pelbagai genre seperti acapella, rock, pop, pop rock, balada, tradisional, latin dan hindi.

KOIR KEBANGSAAN MALAYSIA ANJUR KONSERT 9 KOLEKSI TERUNGGUL

Siapa sangka sebuah karya tradisional Mek Mulung, Datuk Syafinaz Selamat telah mengilhamkan "Song Cycle" yang menggabungkan irama tradisi dan juga elemen klasik barat yang sangat menakjubkan bagi patik bila mendengarnya. Memang sangat unik bila 2 elemen ini bergabung. 

KOIR KEBANGSAAN MALAYSIA ANJUR KONSERT 9 KOLEKSI TERUNGGUL

Yang menarik bagi konsert kali ini, segmen "Pak Ngah Dalam Kenangan" turut diselitkan dimana didalam segmen ini, karya terbaik Pak Ngah yang telah menjuarai kategori Irama Malaysia melalui 3 lagunya iaitu Cindai, Manira dan Dondang Dendang telah ditarikan oleh Permata Seni Tari dan 2 buah lagu telah didendangkan Alif dan Wawa, artis budaya JKKN dengan lagu Dikir Puteri dan Bergending Dang Dong.

Seperti biasa persembahan daripada Permata Seni Tari adalah persembahan terbaik yang patik suka tengok. 

KOIR KEBANGSAAN MALAYSIA ANJUR KONSERT 9 KOLEKSI TERUNGGUL

Dengan kerjasama Radio Televisyen Malaysia (RTM) dan Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara (JKKN), Konsort 9 Koleksi Terunggul ini boleh ditonton pada 24 November 2018 dan juga 8 Disember 2018 nanti.  

KOIR KEBANGSAAN MALAYSIA ANJUR KONSERT 9 KOLEKSI TERUNGGUL

Sekali lagi patik ucapkan tahniah dan penghargaan kepada kumpulan Koir Kebangsaan Malaysia kerana begitu komited dengan persembahan dan memberikan persembahan yang bagi patik TERBAIK dan sangat menghiburkan dengan tarian selain alunan suara yang sangat harmoni. 

KOIR KEBANGSAAN MALAYSIA ANJUR KONSERT 9 KOLEKSI TERUNGGUL

Secara keseluruhan, patik sangat-sangat berpuas hati dan sangat seronok menonton Konsert 9 Koleksi Terunggul daripada Koir Kebangsaan Malaysia ini. Bagi korang yang ingin menonton semula, korang boleh tonton Konsert 9 Koleksi Terunggul ini pada 24 November 2018 dan juga 8 Disember 2018 di RTM.

Terima kasih kepada Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara (JKKN) atas kesempatan dan peluang untuk menonton bagi menonton persembahan yang sangat hebat ini. 

>> WEBSITE | FACEBOOK | INSTAGRAM <<

You Might Also Like

0 komen