MADA ANJURKAN PELBAGAI AKTIVITI SEMPENA MAHA 2018

Friday, November 30, 2018

MADA ANJURKAN PELBAGAI AKTIVITI SEMPENA MAHA 2018

MADA ANJURKAN PELBAGAI AKTIVITI SEMPENA MAHA 2018 | Bila sebut pameran Malaysia Agriculture, Horticulture & Agrotourism (MAHA) patik yakin korang akan terbayangkan kemeriahan lokasi yang bernama MAEPS yang terletak Serdang Selangor. Lokasi dimana berhimpunnya pelbagai aktiviti yang berlangsung disana.

MADA ANJURKAN PELBAGAI AKTIVITI SEMPENA MAHA 2018

Seperti tahun ini MAHA 2018 kembali lagi dan patik seperti biasa akan cuba melawat ke tapak lokasi MAHA 2018. Untuk ke MAHA 2018, patik cadangkan korang datang awal untuk berebut parking dengan pengunjung yang lain. Patik bersama isteri yang buat pertama kali sampai ke MAHA ini sudah terpacak seawal 9.45 pagi.

Seperti yang dijangk,trafik untuk masuk kedalam MAEPS Serdang agak sesak dengan pengunjung yang sama-sama ingin melihat sendiri apa yang menariknya MAHA kali ini.

MADA ANJURKAN PELBAGAI AKTIVITI SEMPENA MAHA 2018

Siapa yang biasa dengan MAHA, terdapat banyak laman yang mempamerkan setiap aktiviti pertanian dan penternakkan di Malaysia seperti Laman Padi, Laman Ternakan dan pelbagai jenis laman yang ada di MAHA 2018. 

Patik sempat berkunjung ke Dewan A dimana khabarnya terdapat ruang pameran milik Lembaga Kemajuan Pertanian Muda (MADA) yang begitu sinonim dengan aktiviti penanaman padi di negeri jelapang padi iaitu Negeri Kedah. 

MADA ANJURKAN PELBAGAI AKTIVITI SEMPENA MAHA 2018

Untuk pengetahuan korang, MADA ni salah satu agensi dibawah Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani yang bertanggungjawab sebagai agensi peneraju bagi kluster Agro Pelancongan sempena MAHA 2018 kali ni. Selain dari kluster Agro Pelancongan, MADA juga terlibat dalam menjayakan Laman Padi dan Pavillion Negeri.

Untuk edisi kali ini, MADA tampil dengan keunikkan dimana mereka telah membawa Kampung Pulau Pisang datang terus ke MAHA 2018. Kenapa Kampung Pulau Pisang ini menjadi pilihan berbanding kampung-kampung lain?

MADA ANJURKAN PELBAGAI AKTIVITI SEMPENA MAHA 2018

Kampung Pulau Pisang ni sebenarnya merupakan sebuah kampung yang terletak di daerah Kubang Pasu, Kedah Darul Aman. Kalau korang nak tahu, Kampung Pulau Pisang ni sekarang telah menjadi  lokasi inap desa dimana pelancong atau pengunjung boleh datang kesini dan menginap ala-ala bertemakan desa. Haaa seronok bukan?

Yang menariknya, pakej inap desa kat sini sebab kita boleh tinggal dalam rumah yang unik dengan senibina Melayu dan berlatar belakangkan sawah padi. Bukan menginap dan menghayati pemandangan bendang je tapi pengunjung kat sini boleh jugak turut sama melakukan pelbagai aktiviti pertanian yang dijalankan.

Ok berbalik pada MAHA 2018, patik agak terkesima kerana korang akan dapati sebuah perkampungan yang seperti sebuah perkampungan tersergam indah ditengah-tengah Dewan A yang dimilik oleh MADA sendiri.

MADA ANJURKAN PELBAGAI AKTIVITI SEMPENA MAHA 2018

Disini korang jangan aneh yee kerana ruang-ruang disini telah diberi nama sempena nama yang sangat sinonim dengan Negeri Kedah sendiri sepertgi Charuk Pelanduk, Wakaf Mahsuri, Warong Ulu Sedaka, Gelanggang Pantai Merdeka, dan Pelantaq Gunung Keriang. Wah memang meriah!

MADA ANJURKAN PELBAGAI AKTIVITI SEMPENA MAHA 2018
MADA ANJURKAN PELBAGAI AKTIVITI SEMPENA MAHA 2018
MADA ANJURKAN PELBAGAI AKTIVITI SEMPENA MAHA 2018

Dekat Gelanggang Pantai Merdeka ini terdapat pelbagai aktivit yang korang dan keluarga boleh lakukan seperti memanah, mewarna dan macam-macam lagi. 

MADA ANJURKAN PELBAGAI AKTIVITI SEMPENA MAHA 2018

Di  Warung Ulu Sedaka ini korang boleh dapatkan pelbagai menu tradisi masyarakat Kedah seperti Kuih Serabai, Pulut Mangga, Pulut Pekasam dan bermacam menu lain yang sangat dekat dengan masyarakat Negeri Kedah.

MADA ANJURKAN PELBAGAI AKTIVITI SEMPENA MAHA 2018

Wakaf Mahsuri pula menyediakan ruang dimana korang boleh dapatkan pelbagai produk perubatan yang sangat sinonim dengan Pulau Langkawi seperti minyak gamat dan pelbagai produk lain. Korang yang sakit-sakit kaki ke bolehlah datang ke Wakaf Mahsuri ini untuk mendapatkan perkhidmatan urutan. 

MADA ANJURKAN PELBAGAI AKTIVITI SEMPENA MAHA 2018

Sebenarnya banyak lagi ruang pameran MADA di Kampung Pulau Pisang ini yang patik yakin korang akan seronok untuk berada disini. Patik sempat meluangkan masa lebih kurang 3, 4 jam disini dengan melakukan pelbagai aktiviti dan juga bermain dengan binatang yang dipamerkan di Kampung Pulau Pisang ini. 

KHEMAH AGROTRADE 1

MADA ANJURKAN PELBAGAI AKTIVITI SEMPENA MAHA 2018

Berdekatan dengan Dewan A, korang boleh masuk ke Khemah Agrotread 1, kerana disana korang boleh melihat ramai pengusahan perniagaan kecilan dibawah selaiaan MADA membuaka gerai jualan mereka masing-masing.

MADA ANJURKAN PELBAGAI AKTIVITI SEMPENA MAHA 2018

Bagi korang yang datang kesana, sila bersiap sedia kerana setiap booth akan menghampiri korang dengan produk makanan mereka masing-masing sebagai perasa sebelum korang membuat keputusan samada membeli atau tidak produk-produk mereka. 


LAMAN PADI

Selesai membeli belah di Khemah Agrotread 1, patik sempat ke Laman padi. Untuk pengetahuan korang, Laman padi juga dibawah seliaan MADA ini memperkenalkan kepada pengunjung aktiviti penenaman padi, penjagaan padi dan juga apa-apa berkenaan dengan penghasilan beras kepada pengunjung. 

MADA ANJURKAN PELBAGAI AKTIVITI SEMPENA MAHA 2018

Patik dan rakan lain sempat melihat sendiri cara pihak MADA membantu para penanam padi dari pelbagai segi termasuklah khidmat nasihat penanamn dan juga bekalan benih dan baja yang baik supaya penghasilan padi yang baik dapat dijana dan sekaligus menaikkan jumlah hasil padi untuk pasaran tempatan dan juga eksport luar. 

MADA ANJURKAN PELBAGAI AKTIVITI SEMPENA MAHA 2018
MADA ANJURKAN PELBAGAI AKTIVITI SEMPENA MAHA 2018

Di Laman Padi ini juga patik belajar sesuatu dari sebuah muzium padi yang dibina disana. Penyakit padi, bagaimana padi disemai sehinggalah dituai dan bermacam-macam ilmu yang patik rasa dapat patik pelajari. 

MADA ANJURKAN PELBAGAI AKTIVITI SEMPENA MAHA 2018

Apa pun patik puas pusing-pusing MAHA 2018 walaupun masa agak mencemburui dan ruang MAHA 2018 yang sangat luas, tapi niat patik untuk melihat keunikkan MADA di MAHA 2018 sangat wowww.

Semoga MADA tampil dengan idea-idea yang menarik dan lebih segar bersesuaian dengan keadaan semasa yang inginkan sesuatu yang indah dan segar.

Jadi korang yang belum sempat datang ke MAHA 2018 lagi, jemputlah datang dan lihatlah sendiri kehebatan Kampung Pulau Pisang di Dewan A, MAEPS Serdang sehingga 2 Disember 2018.

You Might Also Like

0 komen