MAKEOVER DEQASA STUDIO ICITY SHAH ALAM SEMPENA BACHELOR PARTY

Tuesday, November 13, 2018

Bachelor party di Deqasa Studio Shah Alam

MAKEOVER DEQASA STUDIO ICITY SHAH ALAM SEMPENA BACHELOR PARTY | Sebenarnya perkongsian patik kali ini setelah patik bertukar status daripada bujang kepada suami. Agak sedikit kekok tapi kehidupan berkeluarga kecil mesti patik teruskan dengan gembira. 

Untuk pengetahuan korang, sebenarnya patik teringin sangat untuk mengadakan majlis seperti "Bachelor Party" yang kebanyakan orang buat untuk mereka yang bakal menamatkan zaman bujang mereka. Begitu juga dengan patik. Patik teringin sangat untuk membuat majlis seperti ini dalam keadaan sederhana. 

Akhirnya patik telah membuat keputusan untuk mengadakan majlis ini disebuah sudio apartment yang terletak di Shah Alam. DEQASA STUDIO yang terletak dikawasan ICity Shah Alam memang sangat ohsem. 

Bachelor party di Deqasa Studio Shah Alam

Memasuki unit DEQASA STUDIO ini patik rasa sangat IN dengan jiwa. Unit yang sederhana besar untuk mereka yang baru berkeluarga ini memang sangat cantik persis sebuah hotel yg mewah tetapi harganya sangat berpatutan. Kalau korang stay dekat hotel, harganya pun dah 1 hal. Tapi kalau dekat ini, korang bagaikan dapat sebuah rumah yang sangat lengkap dengan kemudahan seperti penapis air, penapis udara, ruang masak yang sempoi dan juga bilik yang memang selesa.

Bachelor party di Deqasa Studio Shah Alam
Bachelor party di Deqasa Studio Shah Alam

Unit studio homestay ini mempunyai 2 bilik dan 1 bilik air yang dikongsi sama. Tu yang patik kata, unit ini amat sesuai bagi korang yang berkeluarga kecil atau datang untuk berbulan madu bersama pasangan korang. Since tujuan patik adalah untuk mengadakan "Bachelor Party" dengan rakan terdekat, jadi unit ini sanagtlah sesuai untuk majlis patik nanti.

Bachelor party di Deqasa Studio Shah Alam

Korang boleh lihat sendiri dekorasi bilik mandi yang sangat moden dan juga memang selesa. Patik kalau masuk hotel atau mana-mana lokasi, tandas adalah benda pertama yang akan patik semak sebelum patik menikmati keindahan ruangan lain. Indah dan bersih tandas, maka indahlah kehidupan korang terhadap tempat itu. Hehehee. 

Bachelor party di Deqasa Studio Shah Alam

Untuk pengetahuan korang, unit studio homestay ini juga memang menyediakan ruang kolam mandi bagi penduduk yang tinggal disini. Jadi kalau korang tinggal di DEQASA STUDIO ini, korang juga boleh merasai untuk mandi dikolam tersebut yang berada ditingkat 1 bangunan tinggi ini. Selain itu pada sebelah malam korang boleh menikmati keindahan ICity Shah Alam yang jaraknya hanya dengan berjalan kaki sahaja. Memang studio homestay ini terletak bersebelahan dengan ICity Shah Alam. 

MAKEOVER DEQASA STUDIO MENJADI RUANGAN SEBUAH MAJLIS "BACHELOR PARTY"


Bachelor party di Deqasa Studio Shah Alam

Berbalik pada tujuan asal dimana patik teringin sangat untuk adakan majlis "Bachelor Party" ini, DEQASA STUDIO adalah lokasi yang sangat sesuai untuk korang yang ingin membuat majlis yang ringkas tadi meletopp !!

Bachelor party di Deqasa Studio Shah Alam

Naaahhh selepas berjam-jam membuat persiapan, maka ini adalah hasilnya. Berkonsepkan kuning dan patik rasa beruntung kerana dikelilingi kawan-kawan yang sangat membantu dan sangat menyokong dengan apa yang patik inginkan. 

Bachelor party di Deqasa Studio Shah Alam

Siapa sangka, apa yang patik bayangkan didalam kepala akhirnya terjadi juga dengan segala dekorasi yang bagi patik sangat wowww !! Terima kasih SAHABAT yang sentiasa ada dengan patik. 

Bachelor party di Deqasa Studio Shah Alam
Bachelor party di Deqasa Studio Shah Alam

Memang terserlah dengan hiasan belon helium dan juga gambar-gambar patik dan isteri patik bertebaran disana-sini memenuhi ruang DEQASA STUDIO ni haaaa. 

Bachelor party di Deqasa Studio Shah Alam

Tak dapat patik nak gambarkan bila semuanya terjadi depan mata. Apa yang patik bayangkan hanya didalam kepala akhirnya muncul depan secara visual. Sangat indah dengan apa yang telah siap.

Bachelor party di Deqasa Studio Shah Alam
Bachelor party di Deqasa Studio Shah Alam

Alhamdulillah, apa yang patik bayangkan semuanya menjadi kenyataan. Nak merasa orang sambut "Bachelor Party" konsepnya dan sekarang patik sudah rasai. Apa pun patik nak ucapkan jutaan terima kasih kepada Mek Onie, Khai Artzfar dan juga saka patik, Saliff yang begitu setia dengan patik dari zaman patik bujang sampai patik sudah berumahtangga. 

Bachelor party di Deqasa Studio Shah Alam

Oh yaaa sekali lagi, bagi korang yang mencari homestay DEQASA STUDIO yang berkonsep "mewah" untuk sebarang majlis peribadi pada harga yang mampu milik, korang boleh dapatkan informasi seperti berikut:

Telefon / Whasapp:
+6019 647 6200 - Aizul Marcello

>> INSTAGRAM | FACEBOOK <<



You Might Also Like

0 komen