TARIKAN TERBARU DI MAPS PERAK: ROLLER COASTER BOBOIBOY GALAXY CACTUS

Friday, November 16, 2018

TARIKAN TERBARU DI MAPS PERAK

TARIKAN TERBARU DI MAPS PERAK: ROLLER COASTER BOBOIBOY GALAXY CACTUS | Bila sebut taman tema, patik yakin ramai antara korang memang gemarkan taman tema yang ada di Malaysia. Sebut jeee segala jenis taman tema, memang seronok kalau korang datang bersama keluarga lebih-lebih lagi korang yang anak-anak, merekalah orang yang paling seronok.

Malaysia Animation Park Studio (MAPS) Perak adalah sebuah taman tema Malaysia pertama yang memaparkan animasi air tangan anak-anak Malaysia. Jadi, MAPS Perak ini menjadi kebanggaan kita sebagai rakyat Malaysia.

Sehubungan dengan itu, MAPS Perak telah melancarkan tarikan terbaru yang akan diberikan kepada pengunjung iaitu Roller Coaster Boboiboy Galaxy Cactus. Patik yakin bagi korang yang berkeluarga, lebih-lebih lagi mereka yang mempunyai anak-anak sangat tertunggu-tunggu tarikan terbaru ini.

TARIKAN TERBARU DI MAPS PERAK

Tempoh hari patik telah sama-sama dengan pihak MAPS Perak bagi sesi pengenalan bagi tarikan terbaharu ini yang akan mula dibuka kepada umum sempena cuti sekolah nanti. Memandangkan cuti sekolah pun bakal tiba, patik rasa perkongsian patik ini akan memberi manfaat kepada korang yang mungkin bercadang-cadang untuk mencari tempat percutian bersama keluarga. 

TARIKAN TERBARU DI MAPS PERAK

Menurut CEO MAPS Perak, selain berseronok dengan permainan terbaru, korang juga boleh membeli barangan ekslusif daripada Boboiboy yang terdapat hanya di kedai cenderahati Boboiboy Collectible.

Bila dah seronok bermain, korang sudah tentu lapar bukan? Jangan risau kerana kafeteria Boboiboy sedia menghidangkan lebih 20 pilihan buffet untuk pengunjung dan anak-anak yang dibina berhampiran dengan Roller Coaster Boboiboy Galaxy Cactus

Patik yakin bagi anak-anak, mereka tidak akan melepaskan peluang untuk bergambar dengan maskot Boboiboy Galaxy dan kawan-kawan kerana maskot ini akan muncul untuk menghiburkan korang sekeluarga disana nanti. 

TARIKAN TERBARU DI MAPS PERAK

Buat julung-julung kalinya, MAPS Perak akan membawa sebuah pementasan yang bagi patik agak hebat. Dari sebuah filem, ianya dijadikan sebuah teater musikal. Filem Hantu Kak Limah telah diangkat menjadi sebuah pementasan teater yang akan dipentaskan secara ekslusif di MAPS Perak pada bulan Disember 2018 nanti iaitu Hantu Kak Limah The Musical

TARIKAN TERBARU DI MAPS PERAK

Menurut pelakon Filem Hantu Kak Limah, Delimawati, pemenatasan ini akan berlangung pada 24 - 31 Disember 2018 dengan bayaran tiket sebanyak RM90 sekepala termasuk bermain didalam MAPS Perak ini. 

TARIKAN TERBARU DI MAPS PERAK

Apa pun patik dah rasa tidak sabar untuk melihat pementasan teater Hantu Kak Limah The Musical dan juga bermain Roller Coaster Boboiboy Galaxy Cactus di MAPS Perak sempena cuti sekolah dan sehingga hujung tahun ini. 

TARIKAN TERBARU DI MAPS PERAK

Bagi korang yang ingin berseronok di MAPS Perak, patik cadangkan korang beli terus tiekt dengan konsep kombo kerana ianya lebih murah dan lebih berbaloi daripada korang beli tiket terus dikaunter. Orang kata, nak berhibur kena berhibur secara bijak !! Hehehehe. 

TARIKAN TERBARU DI MAPS PERAK

Jom korang untuk datang ke MAPS Perak dan rasai sendiri keseronokkan permainan terbaru disana. Bagi korang yang inginkan sebarang informasi tambahan, ini ada patik sediakan link untuk korang dapatkan segala keterangan.


>> WEBSITE | INSTAGRAM | FACEBOOK <<

You Might Also Like

0 komen